WANG TIDAK DITUNTUT : CARA SEMAK ONLINE

WANG TIDAK DITUNTUT : CARA SEMAK ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

WANG TIDAK DITUNTUT : CARA SEMAK ONLINE

Pernahkah anda membuat semakan Wang tidak dituntut? Laporan akhbar Berita Harian pada April 2023 memaklumkan jumlah baki wang yang tidak dituntut di Jabatan Akauntan Negara Malaysia adalah RM11 bilion sehingga hujung Mac lalu. Tidak rugi pun untuk anda semak. Ini caranya…

APAKAH WANG TIDAK DITUNTUT?

Wang tak dituntut bermaksud;

  1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun contohnya gaji, upah, bonus, dividen, simpanan tetap yang telah matang, dan lain-lain.
  2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh tahun. Contohnya ialah akaun simpanan, akaun semasa, simpanan tetap,
  3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah akaun pemiutang dagangan dan akaun penghutang dagangan berbaki kredit.

SENARAI CONTOH WANG TIDAK DITUNTUT?

  1. Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  2. Dividen;
  3. Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  4. Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  5. Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  6. Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  7. Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  8. Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
  9. Akaun simpanan;
  10. Akaun semasa;
  11. Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)
  12. Akaun pemiutang dagangan;
  13. Akaun penghutang dagangan berbaki kredit.

CARA SEMAK WANG TIDAK DITUNTUT

Semakan Wang Tak Dituntut boleh dilakukan sendiri melalui beberapa kaedah berikut;

  1. Di kaunter Pejabat Pendaftar WTD; atau
  2. Pejabat Negeri dan Cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia; atau
  3. Semakan pada Warta Kerajaan yang disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia; ataupun
  4. Portal https://egumis.anm.gov.my

APAKAH PORTAL eGUMIS

eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System dilancarkan bagi mempercepatkan proses semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) online.

CARA DAFTAR eGUMIS

Pemohon boleh membuat semakan WTD secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  • Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  • Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
  • Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.
  • Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
  • Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
  • Langkah 6 : Klik “Cetak”, jika perlu.

BERAPA CAJ PERMOHONAN WANG TIDAK DITUNTUT

Tiada sebarang caj dikenakan untuk permohonan tuntutan WTD yang dikemukakan kepada Pendaftar.

SIAPA YANG LAYAK BUAT SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT ONLINE

Individu dan syarikat/firma dibenarkan untuk membuat semakan Wang Tak Dituntut secara dalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.

SYARAT PERMOHONAN WANG TIDAK DITUNTUT

Permohonan tuntutan dibenarkan kepada pihak-pihak berikut:

  1. Empunya/pemilik WTD sendiri;
  2. Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  3. Pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
  4. Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  5. Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

Borang Permohonan Tuntutan dalam talian boleh dilengkapkan setelah proses semakan WTD dan pengguna eGUMIS boleh membuat pilihan rekod WTD yang ingin dituntut.

Pemohon dikehendaki memuat naik dokumen sokongan yang berkaitan bagi tujuan mengemukakan Borang Permohonan Tuntutan Bayaran Balik WTD.

CARA DAPATKAN WANG TIDAK DITUNTUT

Pengguna eGUMIS boleh membuat Tuntutan WTD secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  • Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  • Langkah 2 : Klik pada ruangan  “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk  membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
  • Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”
  • Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.
  • Langkah 5  : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”
  • Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan.

*Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.

  • Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang info lanjut mengenai WTD, boleh hubungi maklumat berikut;

Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
(Accountant General’s Department of Malaysia)
BAHAGIAN PENGURUSAN WANG TAK DITUNTUT
ARAS 1, BLOK UTARA, PERBENDAHARAAN 2
NO. 7, PERSIARAN PERDANA PRESINT 2
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62594 PUTRAJAYA

Telefon: 03-8000 8600 (Talian AM/General Line)

 

Baca Juga :

CARA DAFTAR WAHED INVEST : LOGIN DAN MULA MELABUR

CARA DAFTAR RAIZ INVEST : LOGIN DAN MULA MELABUR

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *