UPUPOCKET : KEMUDAHAN BUAT PELAJAR

UPUPOCKET : KEMUDAHAN BUAT PELAJAR
Share Artikel Ini Di Media Sosial

UPUPOCKET : KEMUDAHAN BUAT PELAJAR

UPUPocket merupakan sebuah aplikasi percuma yang menyediakan pelbagai kemudahan berkaitan permohonan ke UPU bagi para pelajar.Aplikasi UPUPocket ini telah dibangunkan dan diselia oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Dengan menggunakan aplikasi ini, ianya akan menjadikan lebih mudah dan pantas buat anda yang memohon UPU kerana segalanya boleh dilakukan di hujung jari, terus dari peranti mudah alih anda.

Baca Juga : Cara Kira Merit UPU (Kemasukan Ke UA/IPTA Lepasan SPM / STPM)

KELEBIHAN UPUPOCKET

Di antara kelebihan dan kemudahan yang terdapat di aplikasi UPU Pocket termasuk :-

  • SEMAKAN STATUS UPU –  Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
  • e-PANDUAN – e-Guide menyediakan syarat kemasukan ke universiti awam, TVET dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
  • KALENDAR AKEDEMIK – Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline.
  • ADUAN – Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Para pengguna boleh menghubungi staf pentadbiran UPU sekiranya mereka mempunyai sebarang aduan atau maklum balas mengenai status mereka melalui ciri ‘Aduan’ yang dibina di dalam aplikasi.
  • ALAMAT UA – Pertanyaan lanjut berkaitan program yang ditawarkan
  • Hubungi BPKP – Pertanyaan lanjut berkenaan permohonan UPU online

DOWNLOAD UPUPOCKET

CARA KEMASKINI UPU ONLINE

  1. Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang UPU https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/ [ Akan dibuka bila tiba waktunya ]
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log Masuk seperti biasa.
  4. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
  5. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

CARA SEMAKAN UPU ONLINE

Kepada pemohon yang ingin membuat semakan keputusan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan:
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Semak keputusan rayuan yang tertera.

Semoga pengenalan Aplikasi mobile UPUPocket 2.0 dapat memudahkan pelajar dan ibu bapa dalam membuat Permohonan, kemaskini dan Semakan keputusan UPU melalui telefon pintar mereka. Tahniah MOHE atas pelancaran aplikasi ini.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *