UJIAN FIZIKAL SPA UFPK : JENIS UJIAN PEMERIKSAAN

UJIAN FIZIKAL SPA UFPK : JENIS UJIAN PEMERIKSAAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

UJIAN FIZIKAL SPA UFPK : JENIS UJIAN PEMERIKSAAN

Kepada anda yang memohon permohonan pasukan penguatkuasaaan atau beruniform melalui Suruhanjaya Perkhdimatan Awam (SPA) Malaysia, semestinya anda perlu menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan (UFPK) dahulu. Disini kami akan kongsikan kepada anda tips UFPK dan semakan ujian fizikal bagi Pegawai Imigresen, semoga membantu.

Baca Juga : CARA MENGISI PERMOHONAN SPA9 : Jawatan Kosong Kerajaan

APA ITU UFPK

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan (UFPK) merupakan satu proses saringan awal yang terdapat di SPA. Kepada calon yang lulus UFPK ini akan dipanggil ke langkap seterusnya iaitu menghadiri temuduga.

KOMPENEN PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN (UFPK) SPA

Terdapat 2 Komponen yang akan diuji melalui UFPK ini iaitu

  • Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera
  • Kecergasan

JAWATAN YANG PERLU MENJALANI UFPK

Berikut merupakan senarai jawatan yang mensyaratkan pemeriksaan fizikal dan pancaindera :

  • Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
  • Pegawai Siasatan Gred P41
  • Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
  • Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  • Pegawai Kesatria Gred S41
  • Penolong Pegawai Kesatria Gred S29
  • Pembantu Kesatria Gred S17
  • Pegawai Keselamatan Gred KP41
  • Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
  • Pembantu Keselamatan Gred KP17
  • Penguasa Penjara Gred KA41
  • Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
  • Pegawai Penjara Gred KA19
  • Penguasa Bomba Gred KB41
  • Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
  • Pegawai Bomba Gred KB19
  • Penguasa Imigresen / Penolong Penguasa Imigresen(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Pegawai Imigresen Gred KP19
  • Leftenan Muda Maritim Gred T13
  • Bintara Muda Maritim Gred T5
  • Laskar Kelas II Maritim Gred T1
  • Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
  • Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
  • Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

JENIS UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN (UFPK) SPA

Berikut adalah merupakan jenis ujian yang dilakukan mengikut kompenen iaitu:

Pengembang Tarik Dada Boleh Laras Penarik Kekuatan Kecergasan [5 Spring] Peralatan Kecergasan Gim

Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera

1.Pemeriksaan Ukuran Badan

    • Ketinggian: Tinggi Tanpa Sepatu Minima (Lelaki 1.57m @ 157cm / Wanita 1.53m @ 153cm
    • Berat badan: Berat Badan Minima (Lelaki 48kg / Wanita 46kg)
    • Ukuran Dada (Bagi Calon Lelaki Sahaja): Dada Keadaan Biasa – 79 / Dada Tarik Nafas – 84

2.Pemeriksaan Penglihatan

    • Jarak penglihatan “Visual Acuity” 6/9 tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap“Contact Lenses”.
    • Pengecaman warna dan nombor.

3.Pemeriksaan Pendengaran

    • Pendengaran dengan jelas

4.Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan

    • Jari, tangan, kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik.
    • Berkawad

Kecergasan

1.Larian 2.4 km

    • Lelaki – 14 minit / Wanita – 17 minit

2.Bangun Tubi Dalam Masa 2 Minit

    • Lelaki – 30 kali / Wanita – 28 kali

3.Lari Ulang Alik (4 x 10meter)

    • Lelaki – 11 saat / Wanita – 13 saat

4.Lompat Jauh Berdiri

    • Lelaki – 215 sentimeter / Wanita – 162 sentimeter

CARA SEMAKAN UJIAN FIZIKAL SPA PEGAWAI IMIGRESEN

Untuk mengetahui tarikh UFPK SPA, anda boleh membuat semakan dengan cara berikut

  1. Layari pautan Semakan Penjadualan Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera dan Kecergasan Pegawai Imigresen Gred KP19
  2. Masukkan no kad pengenalan anda pada ruangan tersedia dan klik Hantar
  3. Paparan akan menunjukan surat panggilan hadir UFPK beserta lokasi diadakan

NOTA: Anda juga boleh semak melalui emel dimana pihak SPA akan menghantar notifications berkaitan pemakluman peperiksaan online beserta pautan exam.

PANDUAN HADIR UJIAN FIZIKAL (UFPK) SPA

Berikut adalah panduan bagi memudahkan urusan anda menghadiri UFPK ini iaitu:

  1. Pastikan anda membawa perkara seperti berikut:
    • Surat panggilan yang telah dicetak atau salinan digital surat panggilan
    • Kad pengenalan
    • Sebatang pen biru/hitam
    • Pelitup muka
    • Kit ujian kendiri Covid-19
    • Sarung tangan getah
    • Makan dan minum secukupnya
  2. Pastikan anda memakai pakaian sukan yang sesuai (bebas). Pakaian-pakaian yang tidak bersesuaian dan menjolok mata tidak dibenarkan seperti yoga pants atau leggings

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *