TUKAR TRANSFER LIMIT CIMB : ONLINE

TUKAR TRANSFER LIMIT CIMB : ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

TUKAR TRANSFER LIMIT CIMB : ONLINE

Ini cara tukar transfer limit CIMB. Sebagai langkah keselamatan akaun pelanggan, pihak CIMB Bank telah menetapkan transfer limit bagi setiap akaun pelanggannya.

Ini bagi mengelakkan amaun atau jumlah wang yang terlalu besar dipindah ke akaun lain dalam situasi pemilik akaun digodam oleh penjenayah.

Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, pelanggan CIMB dan pemilik akaun boleh memilih untuk menukar atau menambah jumlah transfer limit CIMB sekiranya mereka perlu memindahkan jumlah wang yang lebih besar kepada penerima lain – contohnya untuk pembelian televisyen, basikal, bayaran hutang dan lain-lain.

Baca Juga : CARA AKTIFKAN SecureTAC CIMB : Luluskan Transaksi CIMB Clicks

Had transaksi asal

Pihak CIMB telah menetapkan jumlah RM50,000 bagi had transaksi kepada pihak ketiga, GIRO Antara Bank (IBG), DuitNow dan Pindahan Segera.

Walau bagaimanapun, jumlah had yang diberikan kepada pemilik akaun belia adalah kurang daripada jumlah tersebut.

Jadual di bawah adalah had transaksi bagi pelbagai jenis transaksi:

Transfer limit CIMB ini mungkin berubah pada bila-bila dan untuk jumlah terkini, boleh layari halaman CIMB untuk maklumat terkini.

Cara untuk tukar had transaksi

Untuk keselamatan pelanggan CIMB, anda boleh menukar transfer limit CIMB bergantung pada jenis transaksi.

Untuk menukar had transaksi ini, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk akaun CIMB anda
  2. Pada bahagian menu di sebelah kiri, klik pada Services
  3. Klik pada “Clicks Transaction Limits”
  4. Pada halaman berikutnya, anda boleh menukar dan menetapkan had transaksi untuk pelbagai transaksi seperti yang berikut:
    • To Other CIMB Account & IBG & DuitNow (DuitNow QR Inclusive)
    • Kwik (Fund Transfer)
    • DuitNow QR Per Transaction Limit
    • To Own CIMB Account
    • To CIMB SG Account (Own)E-Remittance
    • Bill Payment
    • Prepaid Reload
    • FPX
  5. Klik pada butang “Request SecureTAC”
  6. Sahkan SecureTAC melalui aplikkasi CIMB di telefon pintar anda

Tidak semua jenis transaksi di atas perlu ditetapkan had limit.

Kemudahan untuk mengubah had pemindahan dalam talian ini sememangnya menjimatkan masa anda kerana anda tidak perlu ke bank untuk membuat perubahan-perubahan hadd transaksi ini.

Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi cawangan CIMB tSebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi cawangan CIMB terdekat, atau mendail talian hotline perkhidmatan pelanggan di +603 6204 7788.

 

Artikel Lain :

BizChannel@CIMB : Login, Daftar & Aktifkan Akaun Online

AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB : ONLINE ATAU ATM

CARA TUKAR NO TELEFON CIMB : Untuk Terima TAC

SEMAK BAKI LOAN KERETA CIMB ONLINE : WEB / APLIKASI CIMB

CARA TUKAR KAD CIMB ONLINE : KAD ROSAK / HILANG / EXPIRED

TUKAR TRANSFER LIMIT CIMB : ONLINE

CARA AKTIFKAN SecureTAC CIMB : Luluskan Transaksi CIMB Clicks

CARA DAFTAR CIMB CLICKS : Login CIMB Online Banking

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *