TUKAR TRANSFER LIMIT BSN : ONLINE

TUKAR TRANSFER LIMIT BSN : ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

TUKAR TRANSFER LIMIT BSN : ONLINE

Tahukah anda cara tukar transfer limit BSN? Jika Anda merupakan pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), pasti Anda sudah tahu bahawa setiap akaun perbankan mempunyai had transaksi tertentu yang dikenali sebagai limit transaksi.

Had transaksi ini merujuk kepada jumlah maksimum wang yang boleh dipindahkan atau dikeluarkan dari akaun dalam satu transaksi.

Sekiranya Anda ingin menukar limit transaksi BSN untuk setiap transakasi macam DuitNow, FPX Payment, Bill Payment dan lainnya. Anda boleh ikuti step di bawah ini ye.

APAKAH LIMIT TRANSAKSI BSN

Limit transaksi dalam akaun BSN online adalah had maksimum wang yang boleh dipindahkan atau dikeluarkan dalam satu transaksi melalui platform perbankan digital BSN iaitu MyBSN.

KADAR BIASA TRANSFER LIMIT BSN

Had transaksi ini bergantung kepada jenis akaun perbankan yang anda miliki. Berikut adalah contoh had transaksi untuk beberapa jenis limit dalam akaun BSN online:

  • 3rd Party Fund Transfer Max RM10,000
  • 3rd Party Credit Card Payment Max RM3,000
  • 3rd Party Financing Payment Max RM3,000
  • Bill Payment Max RM10,000
  • FPX Payment Max RM10,000
  • InterBank Giro (IBG) Max RM10,000
  • Non-Malaysia Resident Interbank Giro (IBG) Max RM10,000
  • DuitNow Transfer Max RM10,000

CARA TUKAR TRANSFER LIMIT BSN

Untuk menukar limit transaksi dalam akaun BSN online, Anda perlu setup melalui platform MyBSN. Berikut adalah langkah-langkah untuk menukar limit transaksi dalam akaun BSN online:

  1. Lawati pautan rasmi BSN di https://www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Sahkan Security Image Anda.
  5. Klik Yes.
  6. Masukkan Password akaun Anda.
  7. Klik Login.
  8. Selepas Anda login, klik Manage Account.
  9. Klik Update Transaction Limit.
  10. Sila pilih jenis transaksi yang Anda ingin ubah.
  11. Klik Next.
  12. Kemudian, masukkan Jumlah Limit Transfer baru yang Anda inginkan.
  13. Klik Submit.
  14. Klik Request TAC.
  15. Masukkan Kod TAC ke ruangan yang disediakan.
  16. Klik Confirm.
  17. Selesai.

Kemaskini had transaksi Anda akan diproses dalam tempoh 1 minit sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Jika ada masalah untuk log masuk, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan myBSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara).

Talian ini dibuka 24 jam sehari.

Untuk melihat Soalan Lazim tentang cara daftar BSN online dan perkhidmatan yang disediakan, sila rujuk di pautan berikut: https://www.bsn.com.my/page/faq?lang=ms-MY&csrt=1467993480280683042

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan daftar BSN online, layari info penuh di https://www.mybsn.com.my/

 

Baca Juga :

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *