TUKAR TRANSFER LIMIT AMBANK : ONLINE

TUKAR TRANSFER LIMIT AMBANK : ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

TUKAR TRANSFER LIMIT AMBANK : ONLINE

Tahukah anda cara tukar transfer limit AMBANK? Kalau Anda ada akaun kat Ambank, mesti Anda dah biasa dengar perkataan limit transaksi ni. Jadi, apa tu limit transaksi? Senang cerita, ia ialah had maksimum yang Anda boleh gunakan atau keluarkan dari akaun bank Anda dalam satu tempoh masa tertentu.

Limit transaksi ni penting sebab ia boleh membezakan dari satu jenis akaun ke akaun lain. Contohnya, kalau Anda ada akaun simpanan, limit transaksi tu mungkin rendah sikit berbanding akaun korporat. Sebabnya, bank nak pastikan Anda tak gunakan duit melebihi kemampuan Anda.

Penting juga untuk Anda tahu yang had transaksi ni boleh diubah. Kalau Anda rasa bahawa had yang diberikan tak mencukupi, Anda boleh setkan limit transaksi Ambank dan minta had yang lebih tinggi.

Bukan susah pun, cuma perlu ikut langkah-langkah yang betul. Jadi, kalau Anda nak tahu rahsianya, teruskan bacaan Anda ni sampai habis.

APAKAH TRANSFER LIMIT AMBANK

Kalau Anda guna Ambank, pasti Anda perasan pasal had transaksi, kan? Jadi, Anda mesti terfikir-fikir, berapa banyak Anda boleh transaksi dalam sehari?

Jadi, bagi Anda yang pakai akaun Ambank biasa, had transaksi harian Anda maksimum ialah RM50,000. Bagi Anda yang suka guna IBG (Interbank Giro) dan nak buat Pindahan Segera (Instant Transfer), had transaksi ni yang Anda patut tahu. Tapi kalau Anda tak tukar-tukar setting, biasanya Ambank akan letak had lalai kat RM5,000 je.

Tapi, ingat ye, kalau Anda ada akaun yang bukan akaun non-resident, had transaksi harian Anda akan lebih tinggi sikit untuk DuitNow. Ambank bagi RM10,000 untuk Anda yang ada akaun biasa tu.

Jadi, kalau Anda plan nak transfer duit, bayar bil, atau buat apa-apa transaksi lain, pastikan Anda tahu had transaksi yang berkenaan. Kami harap penjelasan ni membantu Anda faham, dan jangan risau, boleh tukar had transaksi kalau perlu.

CARA TUKAR TRANSFER LIMIT AMBANK ONLINE

Berikut ni ialah lankah-langkah tukar limit transaksi Ambank melalui online banking:

  1. Langkah pertama Anda kena ke laman website Ambank online banking.
  2. Masukan Username. Lepastu klik Log In Now.
  3. Pastikan Security Image adalah betul. lepastu baru Anda klik Yes.
  4. Lepastu Anda kena masukan Kata laluan untuk Ambank online banking Anda. Bila dah siap Anda klik Login.
  5. Untuk Anda menukar limit transaksi Anda perlu klik dekat bahagian Icon Settings.
  6. Lepastu Anda cari bahagian Transaction Limit.
  7. Pada bagian Transaction Limit dia akan paparkan semua senarai transaksi yang Anda boleh ubah limit nya.
  8. Lepastu klik Transfers.
  9. Dekat bahagian transfer dia ada banyak lagi pilihan yang Anda boleh buat. Pilihlah yang mana yang Anda nak buat.
  10. Kemudian Anda masukan limit yang Anda nak.
  11. Bila Anda taip jumlah limit, secara automatic dia akan keluar paparan macam ni.
  12. Untuk paparan macam tu Anda jangan risau Anda boleh abaikan sahaja.
  13. Lepas Anda dah siap taip barulah Anda klik Continue.
  14. So, lepas tu akan ada limit yang baru Anda tukar tadi. Setelah itu klik Continue.
  15. Lepas tu secara automatik sistem akan menghantar nombor TAC ke SMS Anda.
  16. So, Anda perlu semak SMS Anda dan masukan salinnan nombor TAC yang terima dalam SMS tu. Klik Confirm.
  17. Selesai.

Itu sahaja langkah yang perlu Anda lakukan untuk menukar limit transaksi Ambank online banking.

CARA TUKAR TRANSFER LIMIT AMBANK DI KAUNTER ATM

Nak tukar limit transaksi IBG di ATM Ambank? Senang je, ikut langkah-langkah ni:

  1. Pergi ke mesin ATM Ambank yang terdekat.
  2. Masukkan kad ATM dan taipkan nombor PIN Anda.
  3. Pilih opsyen Others dalam menu utama.
  4. Kemudian, pilih IBG Transaction Limit.
  5. Sekarang, masukkan jumlah had transaksi yang Anda nak tukar. Ingat, maksimum IBG transfer adalah RM20,000.
  6. Tekan Press If Correct untuk mengesahkan jumlah yang Anda dah masukkan.
  7. Lepas tu, masukkan nombor IC, pasport, atau nombor tentera Anda.
  8. Tekan lagi Press If Correct untuk mengesahkan maklumat Anda.
  9. Habis, dah siap.

Ikut langkah yang kami dah ajar tadi, dan dalam beberapa minit, Anda dah boleh set had transaksi mengikut keinginan Anda.

Ingat, had transaksi ni penting untuk keselamatan duit Anda, tapi kalau Anda tak faham atau nak tukar, jangan malu-malu. Bank tu ada untuk tolong Anda. So, jangan risau, Anda boleh berurusan dengan bank kalau ada pertanyaan atau nak bantuan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang cara tukar no HP Ambank, anda boleh layari web rasmi Ambank di pautan https://www.ambank.com.my/

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *