TUKAR TRANSFER LIMIT AGROBANK : ONLINE

TUKAR TRANSFER LIMIT AGROBANK : ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

TUKAR TRANSFER LIMIT AGROBANK : ONLINE

Tahukah anda cara tukar transfer limit Agrobank? Agrobank memberikan had maksimum pemindahan yang boleh dibuat dalam satu hari (limit transfer). Ini bermakna pelanggan bank hanya boleh memindahkan sejumlah wang mengikut jenis service yang mereka miliki.

Limit transaksi ditentukan berdasarkan keperluan pelanggan dan bertujuan untuk melindungi pelanggan daripada jenayah. Setiap pelanggan perlu memberi perhatian kepada had pemindahan Agrobank untuk mengelakkan kesilapan transaksi.

APA ITU TRANSFER LIMIT AGROBANK?

  • Agrobank memberikan had maksimum pemindahan yang boleh dibuat dalam satu hari (limit transfer).
  • Ini bermakna pelanggan bank hanya boleh memindahkan sejumlah wang mengikut jenis service yang mereka miliki.
  • Transfer limit Bermaksud had jumlah wang bagi setiap transaksi melalui akaun bank yang boleh ditetapkan mengikut keinginan dan keperluan anda.
  • Ia boleh ditetapkan kepada kadar yang paling rendah atau paling tinggi.
  • Semua pemilik akaun bank boleh melakukan tetapan limit

TUKAR TRANSFER LIMIT AGROBANK MELALUI AGRONet

Anda boleh tukar limit Agrobank secara online melalui AGRONet. Anda juga boleh memuat turun aplikasi AGRONet di Google Play Store atau Apple App Store.

Melalui AGRONet, anda boleh membuat pelbagai perkhidmatan atau perbankan dengan senang dan cepat, pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Tetapi, pastikan anda mempunyai rangkaian internet.

Menguruskan wang anda melalui internet banking adalah lebih mudah berbanding melalui manual.

KELEBIHAN AGRONet

Antara perkhidmatan yang disediakan AGRONet adalah:

  • Menyemak baki akaun anda
  • Membaca dan memuat turun butiran penyata
  • Melihat butir-butir pembiayaan anda
  • Memindahkan wang antara akaun anda sendiri di Agrobank
  • Memindahkan wang ke akaun pihak ketiga di Agrobank
  • Memindahkan wang ke akaun bank lain
  • Membayar bil anda kepada penerima bayaran yang disenaraikan
  • Membuat pembayaran sekali atau menetapkan penerima bayaran yang dikehendaki
  • Menetapkan had transaksi anda
  • Menerima makluman daripada bank melalui sistem mesej  yang telah diadakan
  • Blok kad ATM anda

CARA TUKAR TRANSFER LIMIT AGROBANK ONLINE

Had pemindahan Agrobank sangat penting untuk diketahui, terutamanya untuk pelanggan Agrobank. Ini diperlukan apabila pelanggan ingin memindahkan wang antara akaun.

Ini kerana had pemindahan untuk Interbank GIRO Transfer (IBG), DuitNow dan 3rd Party Account Transfer mempunyai had yang berbeza.

Ikuti step cara tukar limit transaksi Agrobank di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi Agrobank di https://www.agronet.com.my/
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Sahkan Security Image Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Submit.
  7. Selepas login, klik Fund Transfer.
  8. Pilih Others.
  9. Kemudian, klik Transfer Limit.
  10. Sila ubah limit yang Anda inginkan.
  11. Klik Next.
  12. Klik Request TAC.
  13. Masukkan Kod TAC ke nombor yang disediakan.
  14. Klik Confirm.
  15. Selesai.

Baca Juga :

 

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *