TUKAR TARIKH PEMBAYARAN AEON CREDIT : INI CARANYA

TUKAR TARIKH PEMBAYARAN AEON CREDIT : INI CARANYA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

TUKAR TARIKH PEMBAYARAN AEON CREDIT : INI CARANYA

Tahukah anda cara tukar tarikh pembayaran Aeon Credit?Mungkin atas beberapa faktor yang menyebabkan anda mengalami kesulitan untuk mengikut jadual pembayaran yang telah di tetapkan. Namun sekiranya gagal membayar ikut jadual, caj tambahan mungkin dikenakan. Jadi bagi mengelakan anda di kenakan caj lewat bayar ini, baiklah jika anda tukar tarikh pembayaran mengikut kesesuaian anda.

APA ITU AEON CREDIT?

  • AEON Credit Service Berhad telah ditubuhkan pada 6 Disember 1996 dan telah ditukar menjadi sebuah syarikat awam berhad pada 9 Februari 2007 dan telah disenaraikan di Pasaran Utama di Bursa Malaysia Securities Berhad pada 12 Disember 2007.
  • AEON Credit memulakan operasi pada tahun 1997 dengan menyediakan Skim Pembayaran Mudah untuk pembelian barangan tahan lama pengguna melalui peruncit dan kedai berantai yang ditetapkan.
  • AEON Credit Service hanyalah pemberi hutang melalui kredit kad, ansuran bulanan, insurans dan pinjaman peribadi sahaja.  Pihak Aeon Credit bukanlah satu institusi bank.
  • Disebabkan itu, keuntungan syarikat dari bahagian end customer profit terletak hanya melalui faedah (interest) dari pemiutang dan terhad pada perkhidmatan yang mereka tawarkan sahaja.

KENAPA PERLU TUKAR TARIKH PEMBAYARAN AEON CREDIT

  • Kadang-kadang, duit masuk lambat, guna auto debit AEON atau maybe ada komitmen lain. Kalau tarikh pembayaran tak kena, confirm lewat bayar. So, elakkan masalah, lebih baik tukar tarikh.
  • Selain itu ada masa, hidup Anda tiba-tiba berubah. Mungkin Anda kena pindah kerja, kahwin, atau ada addition to the family.
  • Semua ni boleh mempengaruhi kewangan Anda. Jadi, tukar tarikh pun satu pilihan bijak.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TUKAR TARIKH PEMBAYARAN AEON CREDIT

  • Boleh atur ikut kewangan Anda.
  • Tak payah risau kena denda sebab terlepas bayar.
  • AEON Credit mungkin letak syarat tambahan.
  • Dorang pun boleh kenakan caj ekstra untuk perkhidmatan tukar tarikh.

CARA TUKAR TARIKH PEMBAYARAN AEON CREDIT

Ada 2 cara nak mohon penukaran tarikh pembayaran AEON Credit yang dah aku cuba dan berjaya pada masa tu, jadi Anda boleh cuba cara ni:

Tukar Tarik Bayaran AEON di Kaunter

  1. Masuk je ke kaunter AEON Credit yang terdekat.
  2. Tanya diorang pasal nak tukar tarikh bayaran. Biasanya diorang akan bagi form yang kena isi.
  3. Isi la form tu ikut betul-betul. Jangan tercicir satu info pun.
  4. Pastikan Anda letak tarikh baru yang Anda nak.
  5. Bawa sekali dokumen penting seperti IC Anda yang masih valid.
  6. Serahkan form yang Anda dah isi bersama dengan dokumen IC.
  7. Staff diorang akan semak semua tu.
  8. Staff akan bagitau kalau ada arahan tambahan atau apa yang perlu Anda buat selepas ni.
  9. Pastikan Anda paham sebelum keluar dari kaunter.
  10. Pastikan Anda confirm dengan staff tarikh baru yang Anda nak.
  11. Ada masa proses pengesahan. Kadang-kadang kena tunggu sekejap je, jangan terlalu risau.

Tukar Tarik Bayaran Melalui Customer Service

  1. Kalau malas nak ke kaunter, telefon je AEON Credit di +603-2719 9999.
  2. Bila dah connect, bagitau staff Anda nak tukar tarikh bayaran.
  3. Dorang akan guide Anda melalui telefon.
  4. Confirmkan dengan staff tarikh baru yang Anda nak.
  5. Dah confirm semua, tahniah! Anda dah berjaya tukar tarikh bayaran AEON Credit.

Biasanya, Anda kena bayar dahulu semua hutang yang tertunggak atau caj lewat bayar AEON Credit tu, termasuklah biaya yang ada kaitan dengan proses restructure. Jadi, pastikan Anda ada cukup duit nak settle semua tu.

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *