TUKAR NO TELEFON MYSEJAHTERA : CARA KEMASKINI

TUKAR NO TELEFON MYSEJAHTERA : CARA KEMASKINI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

TUKAR NO TELEFON MYSEJAHTERA : CARA KEMASKINI

Tahukah anda cara tukar No telefon di aplikasi Mysejahtera? Mungkin ada yang sudah menukar no telefon baru namun masih belum kemaskini pada sistem mysejahtera. Mungkin juga ramai yg sudah delete aplikasi ini dari hp masing-masing. Namun ada kemungkinan Apps Mysejahtera ini akan di guna kembali berikutan peningkatan semula kes Covid19. Jadi baca artikel ini untuk mengetahui cara-caranya.

APA ITU MYSEJAHTERA

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Dalam bahasa ringkasnya, aplikasi ni adalah seperti “bodyguard” digital kita. Dia tolong pastikan kita selamat dan sihat.

KELEBIHAN MYSEJAHTERA

Apa yang best sangat pasal aplikasi ni:

  1. Dulu-dulu, kalau nak rekod kesihatan, kena bawa buku kecil atau ingat-ingat sendiri je. Tapi sekarang, dengan MySejahtera, Anda boleh rekod segala maklumat kesihatan dengan mudah. Tekan je butang, semua info ada dalam telefon.
  2. MySejahtera boleh jejak siapa yang kita jumpa, jadi kalau ada kes COVID-19, kita dapat maklumat dengan cepat. Kita tak payah risau lupa siapa-siapa yang kita berinteraksi.
  3. Setiap hari, kita boleh kemaskini status kesihatan harian kita dalam aplikasi ni. So, pihak berkuasa tahu kita sihat atau tak. Kalau tak sihat, mereka boleh tolong nasihatkan apa yang perlu buat.
  4. Ada perasaan tak sihat tahap kritikal? Tekan butang darurat dalam MySejahtera. Pihak berkuasa akan dapat alert dan cepat tindakan untuk bantu kita.
  5. Nak tahu berita terkini pasal COVID-19? MySejahtera menyediakan info yang tepat dan terkini supaya kita sentiasa up-to-date.
  6. Dalam masa sekarang, vaksin sangat penting. MySejahtera memudahkan pendaftaran untuk vaksinasi COVID-19. Hanya tekan beberapa butang, siap!

FUNGSI MYSEJAHTERA

  • Fungsi utama aplikasi MySejahtera adalah untuk membantu pihak kerajaan dalam mengurus dan mengurangkan wabak COVID-19,
  • membolehkan pengguna memantau keadaan kesihatan mereka sepanjang wabak COVID-19,
  • membantu pengguna mendapatkan rawatan dengan segera jika didiagnosis dengan COVID-19 dan
  • membantu mencari kemudahan kesihatan terdekat bagi pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
  • Aplikasi ini juga banyak digunakan di negara ini untuk mendaftar masuk ketika mengunjungi tempat baru melalui kaedah pengimbasan kod QR dan
  • sekarang juga digunakan untuk pendaftaran program vaksin COVID-19 negara.

ADAKAH BOLEH TUKAR NO TELEFON MySEJAHTERA?

Ya, anda boleh.

CARA TUKAR NO TELEFON MySEJAHTERA

 Berikut adalah cara tukar nombor telefon MySejahtera:

  1. Sila buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik CLOSE pada bahagian atas kanan
  3. Kemudian Klik PROFILE pada bahagian bawah kanan
  4. Seterusnya klik pada tab MENU pada bahagian penjuru kanan
  5. Dipaparkan beberapa fungsi utama
  6. Sila pilih MySejahtera Helpdesk
  7. Kemudian pilih mana-mana browser untuk tujuan kemaskini no hp
  8. Anda diberi pilihan untuk pilih Bahasa
  9. Kemudian klik START
  10. Pilih E ( I want to update my personal detail)
  11. Kemudian pilih C (( I want to change my mobile number)
  12. Untuk peringatan,jika ID MySejahtera anda adalah no hp,anda tidak dapat menukar no telefon tersebut. Jika ID MySejahtera anda adalah email,anda boleh tukar no telefon tersebut.
  13. Klik MyUser ID
  14. Dipaparkan 4 ruangan kosong untuk disi (Nbr lama,nbr baru, email & pengesahan email)
  15. Klik SUBMIT
  16. Anda akan menerima 2 email daripada MySejahtera memaklumkan proses tukar no hp Berjaya.

INFO LANJUT & PERTAYAAN

Sila layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *