Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Guna Maybank

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Guna Maybank
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Guna Maybank

Ramai orang mahu tahu cara transfer duit ke Tabung Haji. Sebenarnya, mudah sahaja untuk buat pindahan wang ke akaun Tabung Haji secara online melalui Maybank. Kalau belum link Tabung Haji dengan Maybank pun boleh.

Baca Juga : Cara Deposit Akaun Tabung Haji Tanpa Caj (JOMPay atau THiJARI)

Cara transfer duit ke Tabung Haji melalui Maybank

Berikut merupakan cara transfer duit dari Maybank ke Tabung Haji menggunakan laman web maybank2u.com.my:

  • Sila layari laman web maybank2u di sini: https://www.maybank2u.com.my.
  • Pada laman Login, masukkan My Username.
  • Tekan LOGIN.
  • Sila pastikan Imej dan Kata Laluan Sekuriti anda.
  • Tekan Yes jika betul.
  • Masukkan My Password.
  • Tekan LOGIN.
  • Laman MY ACCOUNTS akan terpapar.
  • Sila pilih bahagian PAY & TRANSFER.
  • Pada bahagian PAY/TRANSFER/RELOAD/TABUNG HAJI, sila klik TABUNG HAJI.
  • Dalam laman TABUNG HAJI, lengkapkan maklumat yang diminta seperti:
  • Transfer From
  • Transfer To
  • Sila tick pada bulatan Tabung Haji Account yang telah didaftarkan.
  • Ringkasan Transfer To Tabung Haji Account akan dipamerkan.
  • Sila pastikan Account Number anda tepat.
  • Masukkan Transfer Amount.
  • Masukkan Reference.
  • Tekan butang TRANSFER.
  • Anda diminta untuk semak maklumat anda pada notis Please Confirm The Details.
  • Jika confirm, pilih SMS TAC atau method lain untuk pengesahan transfer.
  • Tekan REQUEST.
  • Masukkan TAC Number yang diterima melalui SMS.
  • Tekan CONFIRM.
  • Selesai.

Sila SAVE RECEIPT untuk rujukan anda di masa hadapan.

 

PERHATIAN

Sebelum anda boleh transfer Maybank ke Tabung Haji, pastikan anda mendaftar akaun Tabung Haji di akaun Maybank anda terlebih dahulu.

Anda akan dikenakan caj RM1.00 bagi setiap urusan transfer anda.

Sila buat semakan baki Tabung Haji selepas transfer dari Maybank

 

Boleh transfer duit ke Tabung Haji guna aplikasi Maybank?

Buat masa ini, masih tidak boleh guna MAE mahupun M2U untuk buat pindahan wang.

 

Cara daftar dan link akaun Tabung Haji di Maybank guna mesin ATM

Cara untuk mendaftar akaun Tabung Haji di Maybank adalah sangat mudah. Anda hanya perlu menggunakan kad ATM Maybank anda.

Ikuti cara-cara mendaftar seperti di bawah:

  • Gunakan mesin ATM Maybank berhampiran anda.
  • Masukkan kad ATM Maybank.
  • Pada skrin Menu, pilih Tabung Haji.
  • Pada bahagian Tabung Haji, tekan Daftar Akaun Tabung Haji Kepada Kad ATM.
  • Anda akan diminta untuk memasukkan Nombor Akaun Tabung Haji.
  • Jika sudah pasti, tekan YA untuk ke skrin berikutnya.
  • Pada laman ini, sila masukkan Nombor Siri Buku Akaun Tabung Haji anda.
  • Tekan YA untuk confirmation.
  • Proses pendaftaran anda akan diproses.
  • Slip Pendaftaran anda akan dicetak. Sila simpan sebagai rujukan.
  • Pendaftaran anda telah selesai.

PERHATIAN

Pendaftaran akaun Tabung Haji di Maybank hanya perlu dilakukan sekali sahaja.

 

Ada masalah transfer ke Tabung Haji guna Maybank?

Sekiranya anda ada sebarang soalan lain untuk diajukan atau menghadapi sebarang kesukaran untuk transfer ke Tabung Haji. Anda boleh menghubungi pihak Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688.

Anda juga boleh menghantar emel kepada mgcc@maybank.com.my.

Sebagai tambahan, waktu urusan talian adalah 24 jam termasuk hari cuti.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *