TRANSFER DUIT BSN KE TABUNG HAJI ONLINE GUNA MYBSN

TRANSFER DUIT BSN KE TABUNG HAJI ONLINE GUNA MYBSN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

TRANSFER DUIT BSN KE TABUNG HAJI ONLINE GUNA MYBSN

Tahukah anda cara transfer duit BSN ke Tabung Haji Online? Adakah anda mempunyai akaun dengan tabung haji? Sekiranya ya sudah semestinya anda ingin mengetahui cara untuk tambah deposit simpanan ke dalam akaun tabung haji anda. Terkini anda tidak perlu lagi bersusah payah pergi ke kaunter tabung haji semata-mata ingin tambah nilai ke akaun anda kerana anda boleh transfer secara online sahaja.

Baca Juga : Cara keluarkan duit Tabung Haji (Kaunter, ATM @ Online)

PANDUAN SEBELUM TRANFER DUIT KE AKAUN TABUNG HAJI

Untuk makluman, sebelum anda laksanakan pindahan secara tranfer ini, sila pastikan akaun tabung haji penerima adalah yang berstatus aktif. Ini kerana hanya akaun yang aktif sahaja yang akan berjaya dikredit. Sekiranya akauntersebut tidak aktif, dana yang transfer tesebut akan dikembalikan semuala kepada akaun bank asal anda.

 

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN TABUNG HAJI GUNA MYBSN

Anda boleh transfer duit ke Akaun TH anda secara onlinepada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan MyBSN. Berikut adalah merupakan caranya:

Cara 1: Guna Payee Corporation

  1. Log masuk ke MyBSN anda
  2. Pada paparan utama klik pada menu dan pilih Payments dan pilih Payee Corporation
  3. Pada bahagian yang tersedia, pilih maklumat seperti di bawah:
    • Payee Catagory: Deposit/Investment
    • Payee Name: Lembaga Tabung Haji
  4. Setelah lengkap klik Submit
  5. Kemudian lengkapkan maklumat ayng diperlukan sepeti:
    • From Account – pilih akaun BSN anda
    • Payment To – pilih New Biller
    • Account No – Masukkan No akaun Tabung Haji penerima
    • Ic No – Masukkan no kad pengenalan penerima
    • Payer Name – Masukkan nama penerima
    • Amount – Isikan jumlah yang anda ingin tranfer
  6. Setelah lengkap klik pada Submit
  7. Maklumat pembayaran akan tertera, sahkan maklumat tersebut, sekiranya ye klik pada Request TAC.
  8. Masukkan No TAC yang diterima melalui SMS pada ruangan tersedia dan klik Submit
  9. Selesai, paparan status transaksi berjaya akan tertera
  10. Anda boleh dapatkan resit sebagai transaksi untuk simpanan anda dengan klik pada Get Receipt
  11. Transaksi ini akan mengambil masa lebih kurang 24jam untuk dikreditkan ke akaun penerima

Cara 2: Guna JomPay

  1. Log masuk ke MyBSN anda
  2. Pada paparan utama klik pada menu dan pilih Payments dan pilih JomPay
  3. Kemudian lengkapkan maklumat ayng diperlukan sepeti:
    • From Account – pilih akaun BSN anda
    • Payment To – pilih New Biller
    • Biller Code – 60228
    • Ref-1 – Nombor Akaun TH(15 digit) penerima
    • Ref-2 – Nama atau Nombor Telefon penerima
    • Amaun (RM) – Isikan jumlah yang anda ingin tranfer
  4. Setelah lengkap tick kotak terma dan syarat, kemudian klik Submit
  5. Maklumat pembayaran akan tertera, sahkan maklumat tersebut, sekiranya ye klik pada Request TAC.
  6. Masukkan No TAC yang diterima melalui SMS pada ruangan tersedia dan klik Submit
  7. Selesai, paparan status transaksi berjaya akan tertera
  8. Anda boleh dapatkan resit sebagai transaksi untuk simpanan anda dengan klik pada Get Receipt
  9. Transaksi ini akan mengambil tempoh masa lebih kurang 3 hingga 5 hari bekerja untuk dikreditkan ke akaun penerima

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara tranfer MyBSN, anda boleh emlayari portal rasmi Bank Simpanan Nasional.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *