TM UNIFY CUSTOMER SERVICE : CARA BUAT ADUAN 

TM UNIFY CUSTOMER SERVICE : CARA BUAT ADUAN 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

TM UNIFY CUSTOMER SERVICE : CARA BUAT ADUAN

Tahukah anda cara untuk hubungi TM Unify Customer Service? Pengalaman merasai gangguan perkhidmatan internet pasti akan membuat anda berang. Tambahan arus kemodenan yang sentiasa memerlukan rangkaian internet berfungsi setiap masa.Berapa no TM Hotline Number?

APA ITU TM UNIFI?

UniFi adalah internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi keluaran TM (Telekom Malaysia) yang selama ini di panggil TM HSBB (High Speed Broadband). Ia sebuah projek TM atas usaha kerajaan bagi mempertingkatkan keupayaan internet jalur lebar negara, supaya sama taraf dengan negara maju yang lain. Perkhidmatan ini menggunakan penyambungan FTH (fiber to the home) iaiti guna fiber optic dan ia boleh menampung kelajuan sehingga 1GBps.

APAKAH TM CUSTOMER SERVICE ?

Customer service adalah suatu bentuk layanan yang disediakan oleh TM kepada para pelanggan, baik sebelum ataupun setelah mereka melakukan pembelian produk atau perkhidmatan. Customer service ini merupakan bahagian penting dalam operasi perusahaan. Hal ini kerana kepuasan pelanggan menjadi salah satu faktor utama dalam menjaga kelansungan bisnes.

SENARAI GANGGUAN PERKHIDMATAN YANG SELALU TERJADI:

  • Telefon/talian rumah TM rosak
  • Jaringan internet terputus dan sambungan internet perlahan terutamanya pengguna unifi Lite (streamyx) dan unifi fiber
  • Tiada sambungan unifiber, talian telefon unifi dan IPTV (unifi TV)

GANGGUAN TELEFON/TALIAN RUMAH 

Langkah awal TROUBLESHOOTING unifi customer sebelum menghubungi TM untuk talian rumah rosak:-

  1. Membuat direct connection terlebih dahulu iaitu sambungan tanpa menggunakan splitter
  2. Terus pasang kabel telefon pada modem kemudian pasangkan pula pada set telefon.

Splitter itu rosak dan perlu diganti sekiranya servis troubleshooting diatas berfungsi dengan baik. Kemudian anda bolehlah laporkan isu talian telefon rumah TM sekiranya bermasalah seperti talian TM tiada nada dail.

JARINGAN INTERNET TERPUTUS/ SAMBUNGAN INTERNET PERLAHAN 

Kebarangkalian gangguan bunyi bising  dalam talian telefon biasanya akan mengganggu kelajuan streamyx dan unifi lite menjadi perlahan. Jika masalah sama masih berlaku setelah direct connection dilakukan, berkemungkinan ianya daripada masalah TM itu sendiri ataupun daripada masalah pendawaian di premis pelanggan.

TIADA SAMBUNGAN UNIFIBER/ TALIAN TELEFON/ IPTV 

  • Troubleshooting dalam penggunaan unifi fiber adalah dengan memastikan semua sambungan kabel berada dalam keadaan baik dan restart semula semua alatan terlebih dahulu sebelum menghubungi TM customer service
  •  Manakala isu talian unifi,  anda boleh hubungi TM untuk reset port  setelah memastikan kabel port TEL1 dan kabel IPTV berada di port LAN 4,
  • Untuk pengetahuan, TM mempunyai Smart Diagnosis Tools Easy  Fix iaitu access link tanpa sambungan internet yang memudahkan pengguna melaporkan kerosakan dan masalah teknikal mereka. Terbaik.

CARA HUBUNGI TM UNIFY CUSTOMER SERVICE

  1. Dail 100 untuk tempatan/ Dail 60322411290 antarabangsa
  2. Bantuan unifi LIVE CHAT

Pengguna boleh chat di website TM (klik icon ASK UNIFI) setelah login

  1. Menerusi emel aduan telekom help@tm.com.my
  2. Bantuan media massa

Twitter @helpmeunifi (9 am-12 am)

Facebook @weareunifi (9 am -12 am)

 

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *