Tips Memulakan Pelaburan Saham

Tips Memulakan Pelaburan Saham
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Tips Memulakan Pelaburan Saham

Adakah anda sedang mencari Tips Memulakan Pelaburan Saham/anda antara individu yang sentiasa mengikuti dan ambil peduli pertumbuhan kemajuan sesuatu syarikat? Adakah anda berminat dengan pelaburan saham?

Atau mungkin anda salah seorang yang menggunakan masa terluang dengan membaca serta mengumpul ilmu mengenai jatuh bangun sesuatu ekonomi?

Jika benar, jadi melabur dalam saham adalah yang terbaik untuk anda.

Mungkin ramai yang masih belum menyedari bahawa pelaburan saham bukan hanya sekadar melabur sejumlah wang dan menjangkakan pulangan lumayan dalam masa beberapa tahun berikutnya. Tetapi ianya lebih daripada itu.

Pengetahuan pasaran yang baik ternyata penting untuk memilih saham syarikat yang berkualiti dan berprestasi tinggi supaya para pelabur mendapat pulangan modal yang baik dari masa ke masa.

Pelabur yang melabur dalam syarikat yang berkualiti berpotensi mendapat keuntungan di antara 100% hingga 500% dalam tempoh masa 10 tahun. Manakala, pelaburan di syarikat yang salah boleh meningkatkan risiko kehilangan wang.

Para pelabur sebaiknya perlu membuat tindakan yang bijak dan berstrategi bagi memastikan pelaburan berada di langkah yang betul. Penyelidikan terhadap syarikat yang dipilih merupakan antara cara terbaik sebelum memulakan pelaburan untuk meningkatkan peluang berkembang seiring kemajuan syarikat.

Di sini, kami berkongsi dengan lebih lanjut beberapa tips memulakan pelaburan yang baik.

Baca Juga : APAKAH SAHAM SEBENARNYA (KELEBIHAN MEMILIKI SAHAM) 

Penyenaraian beberapa syarikat

Sebagai pemula, anda perlu lah menyediakan beberapa senarai syarikat yang berpotensi mengikut industri mereka. Jika diperhatikan terlalu banyak isu yang timbul mengaitkan pelaburan saham dengan sesuatu yang tidak mengikuti keperluan syariah sedangkan pada hakikat, ia adalah sebaliknya. Mungkin tidak ramai yang tahu, tetapi sebenarnya lebih 70% syarikat yang tersenarai dalam pasaran bursa di Malaysia adalah syarikat patuh syariah.

 

Melihat aspek kualiti syarikat menerusi model perniagaan

Pengetahuan terhadap model perniagaan yang juga merupakan sebuah perancangan sesuatu syarikat mengenai pendapatan serta pelbagai isu lain yang dapat menarik pelanggan, boleh membantu si pelabur merancang hala tuju pelaburan kelak.

 

Cara syarikat jana perniagaan

Penting bagi seseorang pelabur untuk mengetahui produk dan servis yang ditawarkan oleh syarikat yang ingin dilabur serta sebab utama yang mendorong pelanggan membeli dari mereka.

 

Mengenal pasti kualiti pengurusan

Pengenalan tentang organisasi pembangunan syarikat juga penting untuk diambil kira oleh si pelabur. Maklumat seperti siapa majoriti pemegang saham dan individu yang mempunyai kepentingan dalam syarikat juga perlu dititik beratkan.

 

Prestasi kewangan

Dengan mengetahui prestasi kewangan sesuatu syarikat, para pelabur dapat mengenal pasti tahap pengurusan kewangan yang baik oleh setiap syarikat. Dalam masa yang sama, anda sebagai pelabur juga dapat membandingkan tahap sensitiviti setiap syarikat dengan perkembangan kewangan mereka.

Secara ringkas, aktiviti pelaburan saham mempunyai kedua-dua risiko untung dan rugi. Selain tahap pasaran yang memuaskan, pengetahuan serta langkah pelaburan yang mengikut aliran arus yang baik juga amat perlu dititik beratkan oleh setiap pelabur.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *