Tips Hilangkan Ketagihan Ketum

Tips Hilangkan Ketagihan Ketum
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Tips Hilangkan Ketagihan Ketum

Mungkin pada mulanya, individu ambil air ini untuk sumber tenaga namun makin lama jadi ketagih. Maka, mereka ini sedang giat mencari dan membeli ubat berhenti ketum di farmasi, klinik, pasar raya atau pusat kesihatan yang lain. Persoalannya, adakah ia wujud?Baca selanjutnya untuk Tips Hilangkan Ketagihan Ketum

Baca Juga : Khasiat Madu Untuk Kesihatan

Apakah Sebenarnya Air Ketum?

Air ketum merupakan sejenis minuman yang ramai percaya ia ‘ajaib’ kerana dikatakan mampu memberi tenaga dan motivasi untuk tubuh badan lebih kuat ketika melakukan pekerjaan. Di Malaysia khususnya, minuman yang berasal daripada tumbuhan ini begitu popular meskipun statusnya yang haram untuk diambil dalam peraturan negara kita.

Menurut European Monitoring Centre for Drugs and Drug Addiction (EMCDDA), dos kecil air ketum ini mungkin mampu memberikan kesan positif pada kesihatan seperti yang berikut:

  • Kepekaan
  • Ketenangan
  • Kecergasan
  • Kekuatan

Apa kesan bahaya minum air ketum?

Penagih ketum biasanya mengeluarkan keluhan dan alasan mendapatkan tenaga untuk mengambil air ini. Sedangkan, ada banyak lagi energy booster yang anda boleh cuba untuk tujuan tersebut.

Ada sebab kenapa wujud larangan ambil minuman ketum. Perhatikan kesan negatif di bawah ini:

  • Keracunan organ hati.
  • Kegagalan organ jantung.
  • Kecederaan sistem neurologi.
  • Gangguan hormon tiroid.
  • Ketagihan yang susah hilang.

Disebabkan itu pula, individu digalakkan untuk ambil alternatif yang jauh lebih sihat dan selamat seperti air isotonik atau bar coklat di samping mengubah diet serta gaya hidup sedentari.

Apa perlu buat jika ketagih ketum?

Jangan teruskan dan biarkan ketagihan ini kekal dalam hidup anda. Jadi, apa langkah kena cuba?

Ubat berhenti ketum di farmasi

Pertama, anda boleh cuba cari ubat berhenti ketum di farmasi, klinik atau pasar raya dalam usaha menghilangkan ketagihan atau kesan penarikan (withdrawal) ketika mahu mula berhenti.

Menurut sorotan kajian ramai pakar, gejala ketagihan atau ketarikan ketum boleh dirawat dengan:

  • Buprenorphine
  • Naloxone
  • Suboxone
  • Alternatif herba tradisional

Gantikan ketum dengan benda lain

Anda boleh ibaratkan ketagihan ketum ini dengan ketagihan benda lain seperti ganja, tembakau, alkohol, kafein dan lain-lain. Sebenarnya, ia boleh dikawal dan dibuang dengan sepenuhnya.

Sebagai contoh, anda boleh gantikan ketum dengan gula-gula getah – serupa dengan kes cubaan berhenti merokok. Walaupun usaha ini tampak remeh, namun lama-kelamaan hasilnya akan datang.

Dapatkan cukup rehat dan tidur

Tidur yang cukup adalah sangat penting dalam mengekalkan badan yang sihat. Meskipun dilihat sebagai satu perkara yang mudah dilakukan, ia menjadi masalah bagi sesetengah orang. Percaya atau tidak, kurang tidur mendedahkan anda kepada banyak risiko penyakit. Bagi orang dewasa, purata jam yang disyorkan oleh National Sleep Foundation adalah antara 7 dan 9 jam.

Cuba imbas kembali apa punca utama anda ambil ketum. Jawapannya mungkin sebagai sumber tenaga bukan? Jika anda punya tenaga yang sudah cukup banyak, maka ketum itu tiada gunanya.

Dalam usaha untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih cergas, kuat dan aktif, anda hanya perlu cuba dapatkan cukup rehat dan tidur. Dengannya, ketagihan ketum akan dapat dikawal.

Jauhi faktor ketagihan ketum di sekeliling

Ketagihan ini biasa bermula daripada perasaan ingin tahu dan mahu cuba sesuatu yang baru. Ada banyak faktor yang boleh memicu dan mencetuskan perasaan sebegini dan paling utama adalah akibat daripada pengaruh individu di sekeliling anda!

Jauhi kumpulan atau golongan yang mengambil ketum. Dalam masa sama, buang semua peralatan seperti botol, gas, pisau dan benda lain yang anda pernah guna untuk memproses air ini.

Ceritakan situasi anda pada orang lain

Perkara paling penting, anda perlu tahu jika diri tidak pernah keseorangan dalam usaha melawan ketagihan ini. Ceritakan situasi anda pada orang lain yang anda percaya boleh membantu.

Percayalah, ahli keluarga dan teman baik anda akan cuba sedaya upaya untuk membantu kalian melawan ketagihan minuman dari tumbuhan ini. Jangan takut atau segan untuk bercerita.

Konklusinya, mungkin masih belum wujud ubat berhenti ketum di farmasi, klinik atau pasar raya khusus untuk tujuan itu. Namun, itu bukan alasan untuk anda terus hidup dengan ketagihan ini!

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *