Tips Elak Ketagihan Gajet (Untuk Kanak-Kanak)

Tips Elak Ketagihan Gajet (Untuk Kanak-Kanak)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Tips Elak Ketagihan Gajet (Untuk Kanak-Kanak)

Gajet elektronik sudah menjadi satu keperluan bagi semua orang pada hari ini. Dunia yang sedang bergerak pantas memerlukan penyaluran maklumat yang seiring dengan perkembangan yang ada. Namun, adakah manfaat gadget kepada kanak2 melebihi bahaya atau mudaratnya?Namun ketagihan gajet memberi lebih keburukan kpd kanak2, jadi anda boleh cuba Tips Elak Ketagihan Gajet untuk anak2 anda.

 

Baca Juga : Khasiat Madu Untuk Kesihatan

 

Kurangkan main gadget bagi kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah

kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah tidak seharusnya diberikan peluang main gadget tanpa kawalan atau terlalu lama.

Ibu bapa perlu meminimumkan penggunaan gajet bagi kanak-kanak pada usia sebegini. Main gadget cukup sekadar sebagai hiburan tambahan sahaja, bukan sebagai alat hiburan utama.

 

 

Letakkan syarat sebelum anak main gadget

Apabila anak sudah mula menginjak umur tiga tahun, mereka sudah mula boleh memahami apa yang kita katakan kepada mereka.

Oleh itu, ibu bapa boleh meletakkan syarat tertentu sebelum membenarkan anak menggunakan gajet.

Sebagai contoh, pastikan anak sudah solat, makan atau mengemas permainan mereka sebelum dibenarkan untuk menggunakan gajet.

 

 

Tetapkan had masa anak menggunakan gajet

Selain itu, ibu bapa juga perlu memberikan peringatan awal kepada anak berkenaan tempoh masa penggunaan gajet.

“Apabila sudah tiba 5 minit terakhir, ingatkan anak bahawa masa mereka untuk menggunakan gajet hanya tinggal 5 minit sahaja lagi. Dengan cara ini, anak akan menjadi lebih peka dan akan memberikan kerjasama dengan mudah untuk memulangkan semula gajet yang telah digunakan.”

 

 

Terangkan bahaya gadget kepada anak

Penerangan berkenaan keburukan dan bahaya gadget kepada anak juga amat penting, agar dia tahu dan faham mengapa tidak boleh main gadget dengan kerap.

Sebagai contoh, anda boleh katakan kepada anak bahawa gajet boleh merosakkan mata jika mereka menggunakannya dalam tempoh masa yang terlalu lama.

Apabila mereka memahami keburukan gajet, insya-Allah anak-anak boleh menerimanya dan memberikan kerjasama.

 

 

Pantau siaran atau kandungan gajet yang ditonton

Ibu bapa boleh menetapkan siaran-siaran tertentu yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak pada gajet agar mereka tidak menonton kandungan yang tidak sepatutnya.

Jika anak anda terlihat kandungan siaran yang tidak sesuai, jangan terus memarahi atau menengking mereka kerana anak masih lagi belum matang dan tidak memahami apa yang boleh atau tidak boleh untuk ditonton.

Ini adalah tugas ibu bapa untuk menerangkan kepada anak dengan sebaik mungkin agar mereka faham apa yang boleh ditonton dan apa yang tidak boleh.

Mood anak lebih gembira apabila kurang menggunakan gajet

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *