TERLUPA PASSWORD KWSP : CARA RESET

TERLUPA PASSWORD KWSP : CARA RESET
Share Artikel Ini Di Media Sosial

TERLUPA PASSWORD KWSP : CARA RESET

Pernahkah anda terlupa password KWSP anda? Pasti ini amat menyukarkan anda untuk membuat semakan atau apa-apa transaksi atas talian. KWSP sentiasa berusaha meningkatkan simpanan persaraan ahlinya, di samping pelaksanaan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan ke arah persaraan yang selesa.

APA ITU KWSP?

KWSP bermaksud Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. KWSP adalah skim simpanan persaraan wajib yang diuruskan kerajaan di negara seperti India, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Mexico dan negara-negara lain; yang seakan program Keselamatan Sosial Amerika Syarikat. Seperti namanya, KWSP di Malaysia adalah satu bentuk jaring keselamatan sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai menyediakan faedah persaraan kepada ahli-ahlinya.

Di Malaysia, KWSP (juga dikenali sebagai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau EPF) adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan mengikut undang-undang Malaysia, iaitu Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang memberi faedah persaraan kepada ahlinya melalui sumbangan mandatori daripada dua pihak: sebahagian daripada gaji pekerja dan sumbangan majikan bagi pihak pekerja mereka. KWSP sebenarnya menyediakan kerangka kerja bagi majikan untuk memenuhi kewajipan berkanun dan moral mereka kepada pekerja melalui sumbangan bulanan berterusan ke dalam dana persaraan pekerja.

KELEBIHAN PORTAL ONLINE KWSP

KWSP menyediakan portal online yang boleh digunakan oleh Ahli untuk melakukan pelbagai kemudahan seperti:

  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan.
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat.
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini.
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun.
  • Memohon e-Pengeluaran.
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya.
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran.
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah.
  • Menyemak maklumat penamaan.

Tetapi di sebalik semua kemudahan diatas, terdapat beberapa masalah yang sering berlaku, salah satunya iaitu terlupa kata laluan dan ID Pengguna KWSP online.

Berikut kami kongsi maklumat penyelesaian untuk mengatasi masalah lupa kata laluan dan ID pengguna KWSP online.

Sebelum menggunakan fungsi lupa ID Pengguna / Kata Laluan, ahli perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit bagi tujuan penerimaan TAC. Pendaftaran nombor telefon bimbit boleh dilakukan di mana-mana Kios atau Kaunter KWSP.

CARA RESET TERLUPA PASSWORD KWSP

  1. Layari www.kwsp.gov.my
  2. Pilih Log Masuk dan klik i-Akaun (Ahli).
  3. Klik lupa ID Pengguna/Kata Laluan.
  4. Pilih salah satu bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan).
  5. Masukkan no. MyKad atau no. KWSP.
  6. Klik Permohonan TAC untuk mendapatkan nombor TAC.
  7. Semak nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan untuk penerimaan TAC dan Klik Sahkan.
  8. Makluman TAC dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan akan dipaparkan. Klik Tutup untuk teruskan
  9. Masukkan 6 digit nombor TAC yang diterima melalui SMS dan Klik Seterusnya
  10. Sila cipta kata laluan baru dan isi semula untuk sahkan (8 – 20 aksara, kombinasi abjad dan nombor. Contoh: Carasemak123), klik Hantar.
  11. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan, sekarang Ahli boleh terus login untuk menggunakan i-Akaun lagi.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN TERLUPA PASSWORD KWSP

Untuk maklumat lanjut tentang LUPA ID/KATA LALUAN i-AKAUN KWSP, sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Artikel berkaitan :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *