TERLUPA NO PIN BSN : CARA DAPATKAN KEMBALI PIN KAD ATM

TERLUPA NO PIN BSN : CARA DAPATKAN KEMBALI PIN KAD ATM
Share Artikel Ini Di Media Sosial

TERLUPA NO PIN BSN : CARA DAPATKAN KEMBALI PIN KAD ATM

Anda terlupa nombor PIN kad ATM BSN? Mesti ramai yang dah terkena situasi ni. Kadang-kadang, benda camni memang berlaku, tapi yang penting, kita kena tahu camne nak selesaikan masalah ni, kan?

Kad ATM memang jadi perkara penting dalam hidup kita sekarang, kan? Dengan dia, kita boleh keluarkan duit, semak baki akaun, dan buat pelbagai transaksi.

SEBAB TERLUPA NO PIN BSN

Sebelum kita melangkah ke cara untuk pulihkan PIN ATM yang terlupa, kita kena faham kenapa perkara ni boleh berlaku:

  • Kalau Anda jarang menggunakan mesin ATM atau berurusan dengan bank, memang senang lupa PIN sebab jarang menggunakannya.
  • Kadang-kadang, kita ada terlalu banyak PIN untuk diingati. PIN ATM, PIN telefon, PIN kad kredit, semuanya boleh menyebabkan kebingungan.
  • Tekanan hidup atau masalah peribadi boleh menyebabkan lupa perkara asas seperti PIN ATM.

PENGESAHAN IDENTITI UNTUK DAPATKAN KEMBALI PIN KAD ATM

Bank BSN akan memerlukan pengesahan identiti Anda sebelum mereka boleh membantu. Ini adalah untuk melindungi akaun Anda daripada penyalahgunaan.

  • Persiapkan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan atau pasport.
  • Sediakan maklumat akaun bank Anda seperti nombor akaun dan butiran peribadi.
  • Ikuti prosedur pengesahan yang diberikan oleh bank.

HUBUNGI CUSTOMER SERVICE BSN 

Langkah pertama yang patut Anda ambil ialah menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN.

Anda boleh menggunakan talian bebas tol 1-300-88-1900 atau +603-2178-5000 jika Anda berada di luar Malaysia.

Ini adalah cara terpantas untuk mendapatkan bantuan dalam mengatasi masalah lupa PIN ATM. Pihak BSN akan memberikan arahan lanjut mengenai proses pemulihan PIN.

CARA DAPATKAN KEMBALI NOMBOR PIN KAD ATM

Kalau terlupa nombor PIN kad ATM BSN, jalan satu-satunya adalah pergi ke cawangan BSN. Tak boleh reset nombor PIN macam dalam komputer tu. Kena fizikal pergi jumpa diorang.

Pertama, bawak lah kad ATM lama tu sebab diorang nak pastikan yang betul-betul kita punya akaun. Lepas tu, diorang akan bagi borang untuk minta kad ATM baru. Bayaran untuk kad ATM baru ni RM 12. Jadi, simpan lah duit tu dulu.

Lepas submit borang dan bayar RM 12, diorang akan proses permohonan kita. Biasanya dalam beberapa hari, kad ATM baru akan siap. Jadi, kena sabar sikit la.

Atau Anda boleh ikut step ni ye:

  1. Anda kena pergi ke cawangan BSN yang paling dekat dengan Anda. Ingat bawak kad ATM lama yang terlupa PIN tu.
  2. Kat kaunter, minta borang permohonan kad ATM baru dari staff BSN.
  3. Isi borang tu dengan betul. Anda kena isi maklumat peribadi, nombor akaun, dan sebagainya. Pastikan tak ada silap ya.
  4. Bila dah isi borang, bayar lah RM 12 untuk kad ATM baru. Pastikan duit ni cukup.
  5. Serahkan borang yang dah isi dan resit bayaran kepada staff BSN. Mereka akan proses permohonan Anda.
  6. Kad ATM baru biasanya akan siap dalam beberapa minit.
  7. Bila dah dapat kad ATM baru, Anda boleh aktifkan kad baru dan set nombor PIN yang baru.

Ingat, jangan biarkan nombor PIN kad ATM kita terlupa lagi lepas dapat yang baru, okay?

CARA DAPATKAN KEMBALI PIN KAD ATM BSN ONLINE

BSN tidak menyediakan kemudahan untuk menyelesaikan masalah lupa nombor PIN Kad ATM secara online.

Prosedur untuk mendapatkan nombor PIN baru biasanya melibatkan lawatan fizikal ke cawangan BSN.

Ini adalah langkah keselamatan yang dikenakan oleh bank untuk memastikan bahawa pemilik kad ATM sebenar yang memohon nombor PIN baru.

MAKLUMAT LANJUT

Jika ada masalah untuk log masuk, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan myBSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara).

Talian ini dibuka 24 jam sehari.

Untuk melihat Soalan Lazim tentang cara daftar BSN online dan perkhidmatan yang disediakan, sila rujuk di pautan berikut: https://www.bsn.com.my/page/faq?lang=ms-MY&csrt=1467993480280683042

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan daftar BSN online, layari info penuh di https://www.mybsn.com.my/

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *