TERLUPA BAYAR ZAKAT FITRAH : APA PERLU BUAT

TERLUPA BAYAR ZAKAT FITRAH : APA PERLU BUAT
Share Artikel Ini Di Media Sosial

TERLUPA BAYAR ZAKAT FITRAH : APA PERLU BUAT

Tahukah anda apa perlu buat jika terlupa bayar zakat fitrah? Zakat Fitrah amat besar kesannya dalam kehidupan kita kerana Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam dan ada perkara perlu dibuat jika lupa bayar zakat fitrah.

Selain memenuhi keperluan jiwa seseorang yang berpuasa, kewajipan menunaikan Zakat Fitrah yang dilaksanakan di bulan Ramadhan adalah bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya

Hukum membayar Zakat Fitrah adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka (golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak) dan mampu mengeluarkannya pada waktunya

Sekiranya terlupa menunaikan Zakat Fitrah pada Ramadhan tahun ini selepas batas waktu terakhir yang ditetapkan maka jangan pula bertangguh atau menunggu hingga Ramadhan tahun depan kerana hukumnya berdosa, maka dengan itu wajib qadha zakat fitrah walaupun telah lewat daripada waktu yang ditentukan dan segera menunaikannya kepada golongan yang berhak menerimanya

APA ITU ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

HUKUM TERLUPA BAYAR ZAKAT FITRAH

Jika seorang itu terlupa membayar zakat fitrah pada tahun lepas maka wajib ia membayarnya pada tahun ini sebagai qadha.

Dia tidak berdosa kerana lupanya itu tetapi haram kalau dengan sengaja melambatkan membayarnya.

APA PERLU BUAT JIKA TERLUPA BAYAR ZAKAT FITRAH

Orang yang sengaja tidak membayar zakat atau sengaja melambat-lambatkannya sampai selesai hari raya maka wajib ia bayar sebagai qadha dengan segera dan ia berdosa kerana tiada ada uzur.

Tersebut pada Kitab I’anah At-Talibin:

ـوحرم تأخيرها عن يومه أي العيد بلا عذر كغيبة مال أو مستحق ، ويجب القضاء فورا لعصيانه

Ertinya: Dan haram melambatkan zakat fitrah dari hari raya tanpa uzur seperti hilang hartanya atau tiada wujud asnaf yang berhak. Dan wajib ia qadha dengan segera kerana derhakanya itu pada melambatkannya.”

PENDAPAT MUFTI KELANTAN 
  • Umat Islam yang belum membayar zakat fitrah pada bulan Ramadan lepas, wajib qada zakat fitrah walaupun telah lewat daripada waktu ditentukan.
  • Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata hal ini kerana terdapat hukum mengenai peringatan waktu untuk seseorang umat Islam yang merdeka iaitu golongan tua atau muda, lelaki atau perempuan dan berakal untuk membayar zakat fitrah.
  • “Hukum harus bermula dari awal bulan Ramadan hingga akhir bulan Ramadan manakala hukum wajib membayarnya pula apabila terbenam matahari pada akhir Ramadan dan berakhir sebelum terbenam matahari 1 Syawal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rujukan : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perlu-qada-zakat-fitrah-jika-belum-tunaikan-kewajipan-mufti-359687?

NIAT QADAR BAYAR ZAKAT RAMADAN

contoh niat bagi membayar zakat qadha Ramadhan itu ialah:

نويت عن أخرج زكاة الفطر عن نفسي قضاء فرضا لله تعالى

Ertinya: Aku berniat mengeluarkan zakat fitrah yang wajib atasku sebagai qadha yang fardu kerana Allah Taala.”

WAKTU MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH

Peringatan Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

  1. Harus – bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan
  2. Wajib – selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
  3. Afdhal – selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri
  4. Makruh – selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari
  5. Haram – selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri

LAFAZ DAN AKAD ZAKAT FITRAH

Lafaz Akad Zakat Fitrah

  1. Diri sendiri : Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala
  2. Diri sendiri dan tanggungan : Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala
  3. Sebagai Wakil : Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala

Baca juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *