TARIKH PENTING PRN 2023 : NEGERI TERLIBAT

TARIKH PENTING PRN 2023 : NEGERI TERLIBAT
Share Artikel Ini Di Media Sosial

TARIKH PENTING PRN 2023 : NEGERI TERLIBAT

Tentu ramai yang tertanya-tanya, bilakah tarikh PRN 2023 akan diadakan dan mungkin sesetengah daripada rakyat Malaysia keliru mengapakah pilihan raya diadakan lagi bagi 6 negeri yang terpilih.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pilihan Raya Negeri bagu tahun 2023.

Baca Juga : Cara Daftar Mengundi Online (MySPR Daftar Pemilih)

Pengenalan : Kenapa PRN 2023 Diadakan Di 6 Negeri?

Pada November 2022 yang lalu, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah diadakan.

Ketika PRU15 tersebut, negeri-negeri Perlis, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak dan Melaka telah mengikut kerajaan pusat untuk membubarkan Parlimen dan DUN serentak.

Walau bagaimanapun, 6 negeri lain tidak bersetuju untuk membubarkan DUN kerana bimbang jika berlakunya kejadian banjir.

Untuk makluman, PRN dan PRU boleh dilakukan secara serentak kerana ia lebih menjimatkan wang negara. Dalam konteks kewangan, satu-satu pilihan raya memerlukan kos yang besar. Adalah difahamkan jika ianya dibuat secara berasingan, maka SPR terpaksa menanggung beban kewangan yang bertambah selain terpaksa melakukan kerja yang berbeza.

Namun, ada negeri yang memilih untuk mengadakan pilihan raya secara berbeza kerana mereka ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isu yang berlaku di dalam negeri pada masa-masa tertentu.

Pada masa sama, calon yang bertanding juga boleh memastikan bahawa isu yang dibawa bersifat lokal.

Negeri Yang Terlibat Dalam PRN 2023

6 buah negeri yang akan terlibat dalam PRN 2023 adalah:

  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Pulau Pinang
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu

Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN 2023)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini, Rabu, 5 Julai 2023 berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan 6 negeri.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia selepas SPR menerima notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada Speaker DUN masing-masing.

Mesyuarat Khas tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Ke-15 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri 2023 yang telah ditetapkan oleh SPR.

TERKINI: TARIKH-TARIKH PENTING PRN 2023 : PILIHAN RAYA NEGERI 

  • Hari Penamaan Calon : 29 JULAI 2023 (SABTU)
  • Hari Mengundi Awal : 8 OGOS 2023 (SELASA)
  • Hari Mengundi : 12 OGOS 2023 (SABTU)

Pembubaran DUN

Kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi 6 negeri tersebut sebelum ini telah bersetuju untuk membubarkan DUN masing-masing pada Jun.

Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kekosongan atau kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan kekosongan tersebut.

Penulis Buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia yang juga penganalisis politik G Manimaran, sebelum ini menjangkakan PRN enam negeri tersebut akan dilakukan selewat-lewatnya pada 12 Ogos depan.

Ia mengambil kira beberapa faktor termasuk kepulangan jemaah haji, dengan penamaan calon dijangka pada 29 Julai ini.

Bilangan Kerusi DUN Yang Dipertandingkan Dalam PRN 2023

Berikut adalah kekosongan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri 2023 :

  • 36 kerusi Dewan Negeri Kedah
  • 43 kerusi Dewan Negeri Kelantan
  • 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu
  • 40 kerusi Dewan Undangan Pulau Pinang
  • 56 kerusi Dewan Negeri Selangor
  • 36 kerusi Dewan Negeri Negeri Sembilan

 

Semakan Daftar Pemilih

Para pengundi PRN 2023 boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai 17 Julai 2023 (Isnin).

Anda boleh membuat semakan daftar pengundi anda melalui laman web rasmi SPR dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web SPR di https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan
  2. Klik pada “Semakan Daftar Pengundi”
  3. Masukan Nombor Kad Pengenalan
  4. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  5. Klik pada butang Semak
  6. Hasil carian akan dipaparkan

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *