TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2024 : JADUAL GAJI

TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2024 : JADUAL GAJI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2024 : JADUAL GAJI

Tahukah anda tarikh gaji penjawat Awam 2024? Pembayaran gaji bergantung kepada tangga gaji termasuk pangkat (jawatan), kelayakan dan skill masing-masing dan dibayar dalam bentuk bayaran harian, jam dan paling sinonim dalam bulanan. Tidak terkecuali kakitangan awam kerajaan (Penjawat Awam). Berbeza dengan pekerja swasta yang mempunyai tarikh tetap untuk gaji bulanan mereka, penjawat awam akan di bayar pada tarikh berbeza setiap bulan mengikut tarikh pembayaran emolumen bulanan yang telah dikeluarkan JANM.

APA ITU JANM?

Jabatan Akauntan Negara Malaysia merupakan satu jabatan di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab dalam melakukan pembayaran gaji kakitangan kerajaan dan juga berfungsi dalam:

  • Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan mengikut kehendak perundangan dan piawaian perakaunan yang diterima umum.
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan perakaunan kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
  • Memastikan pematuhan dan penguatkuasaan tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan.
  • Mewujudkan sistem maklumat perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan.
  • Menguruskan dana dan aliran tunai kerajaan.
  • Menguruskan skim perkhidmatan perakaunan di bawah Ketua Perkhidmatan ANM.
  • Menguruskan perkhidmatan perakaunan kerajaan.
  • Membangunkan modal insan dalam bidang perakaunan dan kewangan sektor awam.
  • Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965

Oleh itu bagi penjawat awam yang ingin mengetahui bilakah pembayaran gaji bagi tahun 2024 akan dilakukan, anda boleh menyemak perkara tersebut di laman rasmi JANM.

KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah sebut sebelum ini kita ada mengkaji semula (skim gaji) dan menjelang 2024, insya-Allah gaji bagi penjawat awam akan naik,” kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Kerajaan memberi bayangan akan mengumumkan peningkatan gaji penjawat awam dan elaun pesara bermula tahun 2024, selari usaha kerajaan untuk merancakkan ekonomi negara.

Menteri Komunikasi dan Digital yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menyemak perkara itu dan menjelang tahun depan, ia dijangka akan direalisasikan.

“Memang sebelum ini ada beberapa keputusan sudah diambil. Saya serahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali atau Perdana Menteri sendiri untuk mengumumkannya nanti.

“Tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga sudah meluluskan kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai usaha meningkatkan pendapatan pekerja di sektor swasta,” katanya.

TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2024

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan dan memberi panduan kepada Kementerian/Jabatan berkaitan:

  • Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024; dan
  • Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti di Lampiran 1 yang ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.4(12) bertarikh 1 November 2023: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024.

TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2024

Di bawah adalah tarikh penting dari makluman Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2023 untuk tarikh dan pembayaran emolumen tahun 2024:-

  1. Januari 2024
    • 24.01.2024, Rabu (HARI THAIPUSAM : 25 Januari (Khamis))
  2. Februari 2024
    • 23.02.2024, Jumaat (TAHUN BARU CINA : 10 & 11 Februari (Sabtu & Ahad))
  3. Mac 2024
    • 25.03.2024, Isnin
  4. April 2024
    • 25.04.2024, Khamis (HARI RAYA AIDILFITRI : 10 & 11 April (Rabu & Khamis)
  5. Mei 2024
    • 24.05.2024, Jumaat (HARI PESTA KAAMATAN : 30 & 31 MEI (Khamis & Jumaat))
  6. Jun 2024
    • 13.06 2024, Khamis (HARI GAWAI : 1 & 2 JUN (Sabtu & Ahad) HARI RAYA AIDILADHA : 17 & 18 JUN (Isnin & Selasa))
  7. Julai 2024
    • 19.07.2024, Jumaat
  8. Ogos 2024
    • 23.08.2024, Jumaat
  9. September 2024
    • 25.09.2024, Rabu
  10. Oktober 2024
    • 24.10.2024, Khamis (HARI DEEPAVALI : 31 OKTOBER (Khamis))
  11. November 2024
    • 25.11.2024, Isnin
  12. Disember 2024
    • 19.12.2024, Khamis (HARI KRISMAS – 25 DISEMBER (Rabu))

Nota

  • Tarikh pembayaran gaji 2024 masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh ANM dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa kesemasa

BAYARAN INSENTIF AWAL RM2000 UNTUK PENJAWAT AWAM (Bonus 2023)

Belanjawan 2024: Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak terima Bayaran Insentif Awal RM2,000, dibayar akhir Februari 2024.

Insentif RM1000 pula diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) / bonus 2023 ini kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

MAKLUMAT LANJUT

Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Semoga jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2024 (tarikh pembayaran gaji) yang dikeluarkan jabatan akauntan negara malaysia janm ini pastinya akan memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam). Dalam merancang perbelanjaan isi rumah serta perbelanjaan Individu mereka kearah kehidupan yang lebih terjamin untuk masa hadapan.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *