TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO : SKIM BENCANA PEKERJAAN

TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO : SKIM BENCANA PEKERJAAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO : SKIM BENCANA PEKERJAAN

Perhatian buat rakyat Malaysia yang ingin ketahui tarikh dan jadual bayaran bulanan faedah PERKESO tahun 2023? Portal rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial ada berkongsi maklumat ini.

Baca Juga : AKAUN MATRIX PERKESO : DAFTAR DAN LOGIN

APA ITU PERKESO 

  • PERKESO atau SOCSO merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bagi mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Sumbangan kepada pihak PERKESO adalah wajib bagi semua pekerja Malaysia dimana pendapatannya kurang daripada RM3,000 setiap bulan . sumbangan ini juga termasuk kepada yang bekerja sementara atau kontrak.
  • Namun begitu, sumbangan tersebut tidak wajib bagi mereka yang bekerja dengan memperolehi berpendapatan sebanyak RM3,000 ke atas.
  • Memegang prinsip “sekali sertai, sentiasa ahli”, ahli PERKESO yang telah menyumbang kepada pihak PERKESO akan terus menjadi ahli walaupun gajinya@ pendapatannya telah melepasi RM3,000.
  • Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Hal ini kerana, PERKESO merupakan satu agensi yang memberikan banyak kelebihan dan kebaikan kepada pekerja di Malaysia.
  • Sama seperti sistem caruman KWSP, jika terdapat majikan yang gagal mendaftar pekerjanya, majikan boleh dikenakan tindakan kompaun. Jika pihak majikan gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil.

 

SKIM KEILATAN PERKESO

  • Seseorang yang layak menerima bayaran PERKESO 2021 apabila dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.
  • Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

Pencen Skim Keilatan Dinaikkan Pada Tahun 2022/2023

Kerajaan bercadang untuk meningkatkan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan daripada RM475 kepada RM550 yang melibatkan 56,000 isi rumah, bermula tahun 2022

 

SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

  1. Kemalangan Semasa Kecemasan
    • Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
  2. Penyakit Khidmat
    • Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
    • Contoh Penyakit Khidmat:
      • Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
      • Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya

 

TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO 2023

Pembayaran akan dibuat mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

BIL. BULAN TARIKH BAYARAN FAEDAH HARI CATATAN
1 Januari 17 Januari 2023 Selasa 22 Januari 2023 bersamaan Tahun Baru Cina
2 Februari 1 Mac 2023 Rabu
3 Mac 31 Mac 2023 Jumaat
4 April 17 April 2023 Isnin 22 April 2023 bersamaan Hari Raya Puasa
5 Mei 25 Mei 2023 Khamis 30 Mei 2023 bersamaan Pesta Keamatan
1 Jun 2023 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak
6 Jun 23 Jun 2023 Jumaat 29 Jun 2023 bersamaan Hari Raya Qurban
7 Julai 1 Ogos 2023 Selasa
8 Ogos 1 September 2023 Jumaat
9 September 29 September 2023 Jumaat
10 Oktober 1 November 2023 Rabu
11 November 7 November 2023 Selasa 12 November 2023 bersamaan Hari Deepavali
12 Disember 19 Disember 2023 Selasa 25 Disember 2023 bersamaan Hari Krismas

 

HAD UMUR DAN CARUMAN

  • Untuk pekerja yang umurnya 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja.
  • Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

 

KADAR CARUMAN

Kadar caruman majikan kepada pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk :

  • Upah
  • kerja lebih masa
  • komisen dan caj perkhidmatan
  • bayaran cuti tahun sakit, bersalin, rehat,
  • kelepasan am
  • elaun insentif
  • sara hidup

Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji.

 

CONTOH PENGIRAAN KADAR CARUMAN

Kadar caruman ditentukan berdasarkan gaji bulanan.

Contohnya jika gaji melebihi RM1,400 tetapi tidak melebihi RM1,500, kadar caruman sebanyak RM32.6 sebulan.

Kadar caruman tersebut dikongsi melalui syer majikan dan syer pekerja.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh bayaran faedah PERKESO, anda boleh baca segala maklumat di portal rasmi PERKESO.

 

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *