Tanda-Tanda Awal Kepala Air

Tanda-Tanda Awal Kepala Air
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Tanda-Tanda Awal Kepala Air

Kepala air bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai, di mana tanah yang lemah mendapat beban atau diganggu dan tepu dengan air, mengalir ke cerun sebagai tindak balas graviti apabila hujan lebat.

Kebiasaannya, aliran puing ataupun debris flow ini bermula dari hulu di kawasan pergunungan, mempunyai halaju (hala laju) yang tinggi iaitu 14 hingga 15-meter sesaat terutamanya di kawasan ekopelancongan, dan menyebabkan perubahan morfologi signifikan di sepanjang dasar sungai dan lereng gunung

Aliran air ini boleh terjadi apabila berlaku hujan yang sangat lebat dan ianya berupaya membawa segala macam kelodak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.

 

Baca Juga : 11 Tempat Memancing Menarik Selangor

Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:

  • Keadaan langit yang gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai, Ada kalanya akan kedengaran bunyi letupan kuat, sama ada akar pokok tidak stabil, menyebabkan tanah pecah dan pokok tumbang. Apa yang berlaku kemudiannya kayu dan sisa akan menuju ke arah mereka.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).

 

Cara mengelak bahaya fenomena kepala air:

  • Rujuk kepada ramalan cuaca sebelum merancang kunjungan ke kawasan eko pelancongan bersama keluarga.
  • Bersedia dengan peralatan keselamatan
  • kenal pasti kawasan dikunjungi berisiko ataupun tidak

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *