Tanda Alternator Kereta Rosak & Punca-puncanya

Tanda Alternator Kereta Rosak & Punca-puncanya
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Tanda Alternator Kereta Rosak & Punca-puncanya

Kegagalan mengenalpasti tanda-tanda alternator kereta rosak boleh mnyebabkan risiko kereta anda mati secara tiba-tiba dan boleh membahayakan anda.

 

Baca Juga : BAYAR SAMAN PARKING ONLINE (MELAKA/JOHOR/SELANGOR)

Apakah Kaitan Alternator Dengan Enjin Mati Tiba-tiba?

Di sini penting untuk mengetahui apa itu ‘alternator’ dan apakah fungsinya.

‘Alternator’ merupakan komponen penting dalam sistem bekalan elektrik pada kereta anda. Namun demikian, ‘alternator’ ini hanya akan memainkan peranannya untuk membekalkan tenaga elektrik setelah enjin kereta anda berjaya dihidupkan dan juga tali sawatnya yang berkeadaan baik untuk memusingkan dalaman ‘alternator’.

 

Apakah Yang Terjadi Jika tiada Alternator?

Penulis sengaja menggunakan istilah “tiada” kerana jika ‘alternator’ anda ada hanya pada fizikal, tetapi tidak berfungsi atau sudah rosak, ia akan membuatkan ‘alternator’ kereta anda sebenarnya tidak ada dalam sistem bekalan tenaga elektrik pada kereta anda.

  1. Tempoh Hayat Bateri Sangat Singkat
    • Bateri kereta yang baru diganti akan kehabisan tenaga elektrik dengan sangat cepat kerana fungsi ‘alternator’ yang sepatutnya mengecas semula bekalan tenaga elektrik yang ada pada bateri kereta anda sudah tiada.

 

  1. Kereta Akan Mati Dengan Tiba-tiba
    • Jika berlakunya kerosakan pda ‘alternator’ kereta anda, bateri kereta akan menggunakan baki bekalan tenaga elektrik yang tersimpan untuk kegunaan komponen elektrik dan juga elektronik yang terdapat pada kereta.

 

Apakah Punca-punca Alternator Rosak?

Punca-punca:

  • KOMPONEN DALAMAN ‘ALTERNATOR’
  • BEBANAN PENGGUNAAN ELEKTRIK
  • TALI SAWAT YANG BERKEADAAN TIDAK BAIK.
  • PEMASANGAN ‘ALTERNATOR’ TIDAK BAIK.

 

‘Alternator’ biasanya tidak mudah untuk mengalami kerosakan. Namun jika masih juga berlaku ia disebabkan beberapa komponen yang terdapat di dalam ‘alternator’ itu sendiri dan juga peningkatan bebanan elektrik yang diperlukan setelah berlaku penambahan aksesori kereta yang menggunakan tenaga elektrik seperti sistem audio dan pemasangan lampu L.E.D.

‘Alternator’ dihubungkan dengan enjin kereta melalui tali sawat. Pusingan tali sawat ini akan menghasilkan tenaga elektrik yang keluar dari ‘alternator’. Jika keadaan tali sawat yang tidak baik, bebanan ‘bearing’ pada ‘alternator’ berkemungkinan juga akan tidak diagihkan dengan baik.

Kesannya, ‘rotor’ dan ‘stator’ akan berpotensi untuk bersentuhan dan boleh menjejaskan banyak komponen di dalam ‘alternator’.

Selain itu, ‘alignment’ dan ‘belt tensioning’ pada tali sawat juga perlu dititikberatkan kerana faktor-faktor ini juga boleh mengakibatkan kerosakan pada komponen dalaman ‘alternator’.

 

Tanda-tanda Alternator Sudah Rosak

  1. Indikasi lampu bateri pada dashboard.

  • Lampu amaran bateri lemah merupakan antara petanda awal yang menunjukkan adanya masalah dalam sistem bekalan tenaga elektrik untuk kereta. Anda dapat melihat lampu amaran ini menyala semasa anda menghidupkan bateri.
  • Lampu amaran ini akan terpadam setelah kereta anda berjaya dihidupkan. Namun demikian, jika lampu amaran ini masih terus menyala, anda perlu memeriksa voltan bekalan tenaga elektrik pada bateri kereta anda.

 

  1. Bateri yang masih baru.

  • Bateri yang baru dibeli mempunyai jangka hayat melebihi 18 bulan. Sekiranya anda perlu menukar dan memasang dengan bateri baru dalam tempoh masa yang sangat dekat, ini juga memberitahu anda bahawa ‘alternator’ kereta sedang anda mengalami masalah.

 

  1. Bateri tidak dicas.

  • Dengan menggunakan voltmeter, anda seharusnya mendapat bacaan voltan di antara 13V hingga 14.5V sewaktu kereta telah dihidupkan. Ini menunjukkan bateri kereta anda sedang dicas semula melalui bekalan tenaga elektrik yang terhasil dari ‘alternator’.
  • Jika bacaan voltmeter anda kurang daripada nilai yang sepatutnya, anda boleh mendapatkan khidmat kepakaran mekanik kereta yang terdekat sebelum berlakunya kejadian kereta mati sewaktu di dalam perjalanan.

 

  1. Kereta mati apabila wayar sambungan bateri dicabut.

  • Kaedah paling mudah untuk mengetahui status ‘alternator’ kereta anda adalah dengan menanggalkan wayar sambungan pada terminal negatif bateri. Anda perlu menghidupkan kereta terlebih dahulu dan kereta dalam keadaan stabil. Kemudian anda ikuti dengan cara mencabut sambungan wayar pada terminal negatif bateri.
  • Jika kereta anda mati, ini bermakna ‘alternator’ kereta anda sudah rosak.

 

Cara Mengatasi Alternator Daripada Mengalami Kerosakan

  1. Pemasangan ‘alternator’ daripada pakar.

  • ‘Alternator’ perlulah ditanggalkan dan dipasang oleh mekanik yang pakar. Sebarang kesilapan semasa pemasangan boleh menjejaskan jangka hayat ‘alternator’ itu sendiri.

 

  1. Lakukan pemeriksaan pada tali sawat ‘alternator’

  • Anda mampu memanjangkan tempoh penggunaan ‘alternator’ kereta anda sekiranya anda melakukan pemeriksaan berkala pada tali sawat ‘alternator’. Jika tali sawat sudah tidak lagi dalam keadaan yang baik, segera gantikan dengan tali sawat yang baru.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *