SUKARELAWAN PENGAWAS SPM : CARA PERMOHONAN

SUKARELAWAN PENGAWAS SPM : CARA PERMOHONAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SUKARELAWAN PENGAWAS SPM : CARA PERMOHONAN

Tahukah anda tentang Sukarelawan pengawas peperiksaan SPM yang telah di umumkan? Tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan kini telah dibuka. Inisiatif oleh YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek adalah di antara tindakan untuk “meringankan” beban guru untuk bersama keluarga. Bagi anda yang berumur 18 – 65 tahun berminat dan menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 2023 dijadualkan bermula 30 Januari – 7 Mac 2024 ini, bolehlah memohon.

Baca artikel ini untuk panduan anda….

PENGENALAN SUKARELAWAN PENGAWAS PEPERIKSAAN SPM

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan peperiksaan bertulis SPM tahun 2023 mulai 20 Januari hingga 7 Mac 2024.

Sehubungan itu, LP melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) membuka tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan berdasarkan kriteria berikut:

Prinsip :
Tawaran ini adalah berdasarkan prinsip sukarelawan;

Elaun :
Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam;

CARA LANTIKAN PENGAWAS SPM

Lantikan petugas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah dibuat oleh Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP, JPN) berdasarkan ketetapan Lembaga Peperiksaan (LP)

TUGAS SUKARELAWAN PENGAWAS PEPERIKSAAN SPM

Dibawah ini adalah skop tugas sukarelawan pengawas peperiksaan iaitu:

  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan.
  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa.
  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan.
  • Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan.
  • Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung.
  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksan.

KADAR BAYARAN ELAUN PEGAWASAN SPM

Berikut adalah merupakan kadar bayaran elaun bagi pegawai pengawasan SPM yang telah dietapkan iaitu:

KATAGORI PENGAWASAN SPM KADAR ELAUN
Penyelia kawasan RM350.00 + 10P + 2S
Ketua Pengawas RM300.00 + 0.25C + 2S
Timbalan Ketua Pengawas RM300.00
Pengawas RM225 + S
Pengemas bilik RM20 + 2H
NOTA: (Sila nyatakan bilangan dengan betul pada boring tuntutan)

  • P = Bilangan pusat peperiksaan
  • S – Bilangan sesi peperiksaan
  • C = Bilangan calon peperiksaan
  • H = Bilangan hari peperiksaan

SYARAT PERMOHONAN SUKARELAWAN PENGAWAS SPM

Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti yang berikut :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun;
  4. Pemohon adalah pesara/pelajar kolej atau universiti yang sedang dalam tempoh cuti semester sepanjang SPM berlangsung/lepasan sekolah, kolej atau universiti;
  5. Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah; dan
  6. Mempunyai pengangkutan sendiri.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan elaun pengawasan SPM ini seperti:

  • Salinan surat lantikan dan disediakan / daripada sekolah
  • Salinan kad pengenalan
  • Penyata buku bank/penyata akaun bank (akaun gaji)
  • Borang AM17 (perlu diisi dengan lengkap)

Nota: pastikan semua salinan dokumen diakui sah

CARA TUNTUTAN ELAUN PENGAWASAN SPM

Berikut adalah merupakan cara permohonan tuntutan elaun pengawas SPM iaitu:

  1. Muat turun boring permohonan
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut dengan lengkap
  3. Serahkan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang diperlukan ke bahagian Lembaga Peperiksaan melalui penyelia anda

TARIKH BAYARAN ELAUN PENGAWASAN SPM

Keputusan SPM akan diumumkan pada 8 Jun 2023, walaubagaimanapun tarikh pembayaran elaun pengawasan SPM masih belum diumumkan lagi. Ianya bergantung kepada Lembaga Peperiksaan meneliti perkara berkenaan dan membuat pembayaran kepada pegawai yang terbabit secepat mungkin.

Untuk makluman, pembayaran Tuntutan Ikhtisas (IKH) dan Tuntutan Perjalanan (TNT) petugas dan pemeriksaan peperiksaan akan diselesaikan sepenuhnya selewat-lewatnya pada 31 Julai 2023.

CARA BAYARAN ELAUN PENGAWASAN SPM

Pembayaran bagi IKH dan TNT bagi semua petugas peperiksaan adalah diuruskan dan dibayar oleh JPN amsing-masing menggunakan peruntukan yang diturunkan oleh Lembaga Peperiksaan Kepada JPN

PROSEDUR BAYARAN ELAUN PENGAWASAN SPM

Berikut adalah merupakan prosuder bagi pembayaran elaun ini iaitu:

  • Pembayaran bagi TNT memerlukan semakan dokumen secara lebih teliti melibatkan jarak perjalanan, resit hotel/loging, surat lantikan, surat panggilan emsyuarat dan lain-lain dokumen berkaitan berdasarkan tatacara dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.
  • Sekiranyantuntutan yang dikemukakan oleh petugas peperiksaan tidak tepat dan dokumen tidak lengkap, proses semakan akan terganggu menyebabkan kelewatan dalam pembayaran
  • Lembaga peperiksaan (LP) memantau prestasi pembayaran tuntutan oleh JPN yang dikemaskini setiap hari. Semua tuntutan perlu diselesaikan oleh JPN selewat-lewatnya pada 31 Julai 2023.

TARIKH PERMOHONAN SUKARELAWAN PENGAWAS SPM

12 September 2023 sehingga 31 Oktober 2023

KAEDAH PERMOHONAN SUKARELAWAN PENGAWAS SPM

  1. Permohonan melalui Pengarah Pendidikan Negeri menggunakan pautan https://bit.ly/44KmnxL ;
  2. Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.

CARA MEMOHON SUKARELAWAN PENGAWAS SPM

  1. Klik pada PAUTAN
  2. Masukkan email
  3. Pilih Negeri
  4. Pilih Pejabat Pendidikan Daerah (Daerah)
  5. Isi Maklumat Diri

PENERIMAAN PERMOHONAN

  1. Pemohon yang berjaya akan dihubungi dan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan;
  2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan
  3. Segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat di https://bit.ly/infopengawasspm atau rujuk surat tawaran KPM melalui lampiran di bawah atau terus ke https://jpnpp.moe.gov.my/

 

Baca juga :

CARA DOWNLOAD SLIP SPM : SEMAK KEPUTUSAN SPM

Cara Kira Merit UPU (Kemasukan Ke UA/IPTA Lepasan SPM / STPM)

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *