BANTUAN KERAJAAN – SUBSIDI YURAN TASKA (RM180 SEORANG ANAK)

BANTUAN KERAJAAN - SUBSIDI YURAN TASKA (RM180 SEORANG ANAK)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN KERAJAAN – SUBSIDI YURAN TASKA (RM180 SEORANG ANAK)

Pengenalan

  • Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 bagi seorang anak bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska.
  • Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat.
  • Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan.
  • Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam

Baca Juga :PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN RISDA (PEKEBUN KECIL)

Kelayakan

  • Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah
  • Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
  • Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM

Cara memohon

  • Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
  • Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
  • Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
    • Salinan penyata gaji
    • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
    • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
    • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
    • Salinan penyata gaji suami/isteri
    • Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
  • Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan.

 

Soalan Lazim

BIL. SOALAN JAWAPAN
2.

Berapakah bilangan anak yang layak untuk menerima subsidi yuran pengasuhan TASKA?

 

Tiada had bilangan anak pegawai.

 

Subsidi yuran pengasuhan TASKA diberikan kepada setiap anak pegawai yang berumur bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke TASKA.

 

3.

Bolehkah pegawai menghantar anak ke TASKA di tempat kerja sektor awam yang beroperasi di luar tempat pegawai berkhidmat?

Boleh.

 

Pegawai boleh menghantar anak ke TASKA di kementerian atau jabatan Kerajaan selain daripada tempat kerjanya.

4.

Pegawai bertugas di Putrajaya. Sementara itu, anak dijaga oleh keluarga dan dihantar ke TASKA di tempat kerja sektor awam di Sabah. Adakah pegawai layak diberikan subsidi yuran pengasuhan TASKA?

Layak, sekiranya memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.
5.

Adakah pegawai layak diberikan subsidi yuran pengasuhan TASKA sekiranya tarikh kemasukan ke TASKA selain bulan Januari atau pertengahan bulan?

 

Layak dengan syarat umur anak mesti bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke TASKA.
6.

Adakah bayaran elaun yang tidak diterima secara tetap setiap bulan termasuk dalam tafsiran pendapatan isi rumah?

 

Tidak.

 

Sebagai contoh, Elaun Lebih Masa dan Elaun Tanggung Kerja tidak ditafsirkan sebagai pendapatan bulanan isi rumah.

7.

Encik Rahim dan Puan Sarah mempunyai dua (2) orang anak berumur bawah empat (4) tahun. Bolehkan Encik Rahim dan Puan Sarah memohon kemudahan subsidi yuran pengasuhan TASKA memandangkan pendapatan isi rumah adalah kurang RM7000 sebulan?

 

Pemberian subsidi ini hanya layak diberi kepada salah seorang pegawai sama ada suami atau isteri bagi setiap seorang anak.

 

Dalam perkara ini,

 

(i)       Encik Rahim atau Puan Sarah boleh memohon kemudahan subsidi yuran pengasuhan bagi kedua-dua anak; atau

 

(ii)    Encik Rahim boleh memohon subsidi yuran pengasuhan TASKA bagi

seorang anak (anak sulung) ; dan

 

(iii)  Puan Sarah memohon subsidi yuran pengasuhan bagi seorang anak (anak kedua).

 

8.

Adakah pegawai layak menikmati kemudahan    subsidi  yuran pengasuhan   TASKA sekiranya sedang menggunakan kemudahan Cuti Separuh Gaji atau Cuti Tanpa Gaji?

Tidak layak.
9.

Bilakah pegawai perlu memperbaharui permohonan subsidi yuran pengasuhan TASKA?

Pegawai perlu mengemukakan semula salinan penyata gaji terkini pegawai dan suami/ isteri serta dokumen berkaitan sebelum 31 Disember setiap tahun kepada bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di mana pegawai berkhidmat.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

LAYARI : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/subsidiyurantaska.html

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *