STR FASA 1 2024 : JUMLAH DAN TARIKH BAYARAN

STR FASA 1 2024 : JUMLAH DAN TARIKH BAYARAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

STR FASA 1 2024 : JUMLAH DAN TARIKH BAYARAN

Tahukah anda jumlah dan tarikh bayaran STR fasa 1 2024? STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Menurut Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan disalurkan kepada 9 juta penerima atau 60 peratus dari penduduk dewasa di Malaysia.

Dengan menyasarkan semula subsidi secara berfasa dan sebahagian hasil penjimatan subsidi akan disalurkan untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai kepada rakyat sebanyak 2 billion ringgit iaitu dinaikkan kepada 10 billion ringgit.

APA ITU STR FASA 1 2024?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM. Program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada (STR) dan akan terus ditambah baik.

STR fasa 1 2024 pula adalah merujuk kepada pembayaran bantuan ataupun agihan bantuan yang pertama bagi tahun 2024.

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2024

Berikut tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 1 bagi tahun 2024 adalah seperti di bawah :

  • FEBRUARI 2024 (Dijangka sebelum Ramadhan)

JUMLAH BANTUAN STR 2024

Berikut adalah jumlah bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut kategori yang ditetapkan bagi tahun 2024, seperti di bawah :

  • Kategori Isi Rumah Berpendapatan <RM2,500 bayaran RM1,300 hingga RM2,800 (Mengikut bilangan anak)
  • Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501-RM5,000 bayaran RM800 hingga RM1,550 (Mengikut bilangan anak)
  • Warga Emas Bujang >60 tahun ke atas bayaran RM600
  • Bujang Berpendapatan <RM2,500 bayaran RM500

*Semua penerima STR akan turut menerima SARA (mengikut data e-Kasih dan JKM).

JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2024

Bayaran pertama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1 adalah sehingga RM500 untuk kategori isi rumah dan lain kategori akan diumumkan secara rasmi nanti.

TARIKH PERMOHONAN BARU STR 2024

Tarikh permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 akan dibuka pada bulan November 2023 (akan diumumkan secara rasmi). Permohonan baharu ini akan dibuka sepanjang tahun.

CARA SEMAKAN STATUS STR 2024

Sebelum itu, anda perlu tahu adakah permohonan status STR sama ada diterima , diluluskan atau tidak. Berikut adalah cara membuat semakan BKM:

  1. Layari laman web rasmi MySTR
  2. Masukkan  no kad pengenalan anda
  3. Masukkan kod catcha yang tertera
  4. Tekan semak
  5. Status BKM anda akan terpapar:
    • Nombor Pengenalan Akaun dikredit
    • Nama Penerima
    • Fasa Pembayaran
    • Jumlah dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank
  6. Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.

CARA PERMOHONAN RAYUAN STR 2024

Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.

  1. Melalui atas talian pada laman web MySTR
    • login ke dalam sistem MySTR
    • Klik pada Permohonan Rayuan.
  2. Penghantaran Borang Rayuan STR di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).

NOTA: Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja. Jika anda mempunyai soalan dan pertanyaan, sila rujuk kepada pihak yang berwajib di bawah ini :

Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747.

Hotline STR MoF : 03-8882 4565/4566.

E-mel : str@treasury.gov.my.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *