STR BUJANG 2024 : KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU

STR BUJANG 2024 : KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU
Share Artikel Ini Di Media Sosial

STR BUJANG 2024 : KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU

Tahukah anda bayaran STR Bujang 2024 akan di tambah? Kerajaan telah menyasarkan semula subsidi dan membolehkan kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024. Penerima STR adalah sebanyak 9 juta atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

APAKAH STR ATAU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH?

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

JUMLAH BANTUAN BUJANG STR 2024

  • Untuk kategori bujang bayaran telah dinaikan daripada RM350 tahun 2023 kepada RM500 untuk tahun 2024.

SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
  • Berumur 21-59 tahun.
  • Berpendapatan RM2,500 kebawah.

NOTA : Individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan TIDAK dibenarkan membuat permohonan sebagai kategori bujang.

TARIKH PERMOHONAN STR 2024

Jika sebelum ini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hanya dibuka sekali sahaja setahun, kini permohonan STR bagi tahun 2024 akan dibuka sepanjang tahun bermula pada bulan November 2023.

TARIKH PEMBAYARAN PERTAMA STR 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengjangkakan tarikh pembayaran pertama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2024 akan disalurkan seawal bulan Februari 2024 sebelum bulan Ramadan. Namun tarikh tersebut akan diumumkan secara rasmi nanti.

KADAR PEMBAYARAN

Kadar pembayaran kepada kategori bujang adalah sebanyak RM500 dan pembayaran adalah mengikut fasa yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri nanti.

CARA MOHON STR BUJANG 2024

CARA PERMOHONAN STR BUJANG 2024 ONLINE.

  1. Sila layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Kemudian, klik [Permohonan Baharu].
  3. Isikan semua maklumat yang diperlukan.
  4. Seterusnya, pergi ke bahagian [Log Masuk].
  5. Tekan butang [Semak].
  6. Kemudian, tekan [Ya] sekiranya frasa Keselamatan anda betul.
  7. Sila masukkan Kata Laluan anda dengan betul.
  8. [Log masuk].
  9. Anda akan dipaparkan pada Halaman Utama Portal.
  10. Seterusnya, klik [Kemaskini Permohonan].
  11. Isikan semua maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan dengan lengkap dan tepat.
  12. Tandakan pada kotak di bahagian [Perakuan Diri].
  13. Dan tekan butang [Hantar].
  14. Permohonan anda berjaya dihantar kepada pihak LHDN.

PERMOHONAN STR SECARA MANUAL / FIZIKAL

  • Pemohon boleh mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR dengan hadir ke :
    • Pejabat LHDNM
    • Pejabat Satelit (PS) LHDNM
    • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
    • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

SIAPA YANG PERLU BUAT PERMOHONAN BARU / KEMASKINI STR

Ramai yang tertanya-tanya, sama ada mereka perlu membuat kemaskini sekiranya TIADA PERUBAHAN maklumat berbanding sebelum ini.

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  • Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023
  • Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan tentang STR 2024, anda boleh hubungi talian hotline mySTR 03 8882 4565 atau emelkan ke str@treasury.gov.my.

Baca Juga :

KEMASKINI STATUS BERKAHWIN STR : TUKAR STATUS

PERMOHONAN STR 2024 : KEMASKINI DAN SEMAK KELAYAKAN

TERLUPA KATA LALUAN STR : TUKAR PASSWORD BARU

CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula)

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *