Solat Jamak Dan Qasar (Pengertian Dan Syarat)

Solat Jamak Dan Qasar
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Solat Jamak Dan Qasar (Pengertian Dan Syarat)

DALIL
Surah An-Nisaa : 101

Surah An-Nisaa : 101
Surah An-Nisaa : 101

Pengertian

Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh Yang amat nyata bagi kamu.

 

 

PENGERTIAN SOLAT QASAR

MEMENDEKKAN SOLAT DARI 4 RAKAAT KEPADA 2 RAKAAT

 

SOLAT YANG BOLEH DIPENDEKKAN IALAH :

  1. SOLAT ZUHUR
  2. SOLAT ASAR
  3. SOLAT ISYAK

 

Syarat Qasar

  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratul ihram.
  5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (tamam).
  6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.

 

PENGERTIAN SOLAT JAMAK

Mengumpulkan dua solat dalam satu waktu

Contohnya :

  1. Menghimpunkan Solat Zuhur dengan Asar
  2. Menghimpunkan Solat Maghrib dengan Isyak

 

Pembahagian Solat Jamak

  1. Jamak Taqdim

  • melakukan solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.
  1. Jamak Takhir

  • melakukan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

 

Syarat Jamak Taqdim

  • Solat waktu yang awal dahulu seperti solat zuhur dan asar : zuhur
  • maghrib dan isyak : maghrib
  • Niat jamak dalam solat yang pertama, afdhal dalam Takbiratul Ihram.
  • Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  • Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  • Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.

 

Syarat Jamak Takhir

  • Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.

(Ya Allah, Aku himpun sembahyang Zuhur kepada Asar @ maghrib kepada Isyak)

  • Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

 

 

Niat Solat Jamak dan Qasar

 

  1. Jamak Taqdim dan Qasar

Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

 

Maghrib-Isyak

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

 

  1. Jamak Takhir dan Qasar

Asar-Zuhur

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

Isyak-Maghrib

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar

 

 

 

Baca Juga :Nasihat Luqman Al Hakim (Tafsir Surah Luqman Ayat 12 – 15)

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *