SMART SELANGOR : BAYAR PARKING, SAMAN ONLINE

SMART SELANGOR : BAYAR PARKING, SAMAN ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SMART SELANGOR : BAYAR PARKING, SAMAN ONLINE

Tahukah anda tentang Smart Selangor? Tiada lagi kupon parkir bergores di Selangor mulai 1 April 2022!

Untuk makluman, mulai 1 April 2022, Selangor akan melaksanakan perkhidmatan pembayaran parkir secara digital menerusi aplikasi  (SSP).

Tahukah anda apakah kelebihan dan bagaimanakah cara menggunakan apps ini?

Baca juga : CARA SEMAK SAMAN MBSA : BUAT PEMBAYARAN ONLINE

APAKAH SMART SELANGOR PARKING

Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan pembayaran parkir secara digital melalui aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) dan menamatkan penggunaan kupon manual.

Inisiatif ini akan membolehkan semua pembayaran dibuat menggunakan e-kupon menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Selain itu, fungsi aplikasi ini membolehkan pengguna

  1. Membuat bayaran parkir merentasi PBT di Selangor
  2. Imbas dan bayar kompaun dengan mudah secara atas talian
  3. Memberi peringatan tempoh tamat parkir
  4. Pembayaran tempat letak kereta (parkir) online

 

CARA BAYAR PARKING ONLINE GUNA APLIKASI SSP

1.LANGKAH 1

  • Muat turun aplikasi terlebih dahulu melalui pautan berikut:
  • www.smartselangor.com.my
  • ATAU
  • Imbas QR code dalam poster di bawah.
  • LANGKAH 2
  • Pengguna hanya perlu mengisi nombor pendaftaran kereta dan membayar berdasar tempoh meletak kenderaan.

2.ATAU

  • Pembayaran juga boleh dibuat melalui ejen e-kupon yang sah.
  • Tambah nilai kredit kupon juga boleh dibuat di beberapa kedai serbaneka antaraya 7-Eleven, 99 Speedmart dan KK Mart.

3.ATAU

  • Bagi orang awam yang tidak mempunyai telefon pintar atau aplikasi berkenaan, sistem ejen e-kupon akan disediakan sebagai alternatif.

 CARA BAYAR SAMAN ONLINE

Melalui aplikasi ini, anda juga boleh membuat semakan kompaun secara atas talian dan terus membuat bayaran tanpa perlu ke kaunter.

Sila rujuk pada paparan Scan & Pay Compound seperti di bawah:

 

MUAT TURUN APLIKASI

Layari Facebook SSP dan hubungi 1 700 81 9612 untuk keterangan lanjut.

APAKAH SMART SELANGOR?

Objektif Gagasan SS adalah untuk membawa Selangor ke arah negeri berpaksikan rakyat (citizen-centric state) yang didorong oleh falsafah tadbir urus berasaskan penyelesaian pintar.

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *