SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH

SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH

Tahukah anda apakah skop kerja perunding hartanah? Kerja perunding hartanah ni ada dua jenis pelanggan atau klient iaitu pemilik hartanah dan pembeli hartanah.sebelum itu, ketahui dahulu apakah ejen hartanah dan perunding hartanah.

APAKAH EJEN HARTANAH

Agent hartanah ni adalah mereka yang ada kelulusan dalam bidang hartanah. Boleh jadi sijil, diploma atau graduan. Mereka kemudian buat buat praktikal 2 tahun dan ditemuduga oleh Lembaga Penilai Pentaksir Dan Agent Hartanah. Bila lulus tu mereka dapat lesen dan boleh buka agensi hartanah.

APAKAH PERUNDING HARTANAH

Perunding hartanah ni pula dilantik oleh Agent hartanah untuk menjalankan transaksi jual beli hartanah. Boleh kata macam pembantu ejen la. Bila perunding hartanah jual rumah, komisyen akan dibahagi antara mereka dan agensi.

ADAKAH EJEN HARTANAH MEMPUNYAI GAJI TETAP?

Untuk makluman anda, sebagai ejen hartanah, anda tidak akan mempunyai gaji basic atau pendapatan tetap. Pendapatan hakiki seorang perunding hartanah adalah melalui komisen jualan atau sewaan rumah. Namun sekiranya anda berminat dalam bidang hartanah dan ingin mempunyai gaji yang tetap, mungkin boleh sertai syarikat pemaju hartanah.

Dengan menyertai syarikat Pemaju mungkin anda akan di bayar gaji bulanan dan komisen untuk setiap jualan. Keburukannya, anda hanya boleh jual produk pemaju tersebut sahaja. Dan potensi pendapatan anda tak setinggi Agent yang bekerja bawah agensi hartanah.

SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH :

Kerja perunding hartanah ni ada dua jenis pelanggan: pemilik hartanah dan pembeli hartanah.

Skop kerja dengan pemilik hartanah adalah seperti berikut:

  • Bina jaringan dengan pemilik hartanah untuk dapatkan senarai untuk dijual.
  • Membuat inspection hartanah.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pemilik hartanah.
  • Memasarkan hartanah untuk dapatkan pembeli.
  • Memastikan hak pemilik hartanah terjaga.

Skop kerja dengan pembeli hartanah:

  • Bina hubungan baik dengan bakal pembeli.
  • Membuat semakan awal kelayakan pembeli untuk belian hartanah.
  • Bawa bakal pembeli ke unit jualan untuk viewing.
  • Menjalankan rundingan.
  • Menjadi pemudah cara untuk pembeli dapatkan khidmat guaman dan pinjaman.
  • Memastikan hak pembeli hartanah terjaga.

Baca Juga :

GAJI EJEN HARTANAH : BERAPA KOMISEN JUALAN

EJEN HARTANAH VS PERUNDING HARTANAH : APA PERBEZAAN 

SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH

KELEBIHAN MENJADI EJEN HARTANAH

CABARAN MENJADI EJEN HARTANAH

CARA MENJADI EJEN HARTANAH

MODAL MENJADI EJEN HARTANAH : MODAL PERMULAAN DAN KELENGKAPAN 

PART TIME EJEN HARTANAH : BOLEH KER?

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *