Cara Permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)

Cara Permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)

Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM) adalah bertujuan Menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada usahawan Bumiputera dalam sektor utama iaitu Perdagangan, Perkhidmatan dan Pembuatan kecuali Pertanian dan Penternakan

Baca Juga : Cara Memohon Pinjaman KWSP (Terma Dan Syarat)

Syarat-syarat Asas

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek

 

SKOP PEMBIAYAAN

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai Premis Perniagaan

 

HAD PEMBIAYAAN

Had pembiayaan yang ditetapkan di bahagikan kepada 2, seperti berikut:

  1. Milikan Tunggal / Perkongsian :
  • RM250,000.00
  1. Syarikat Sdn. Bhd :
  • RM500,000.00

 

TEMPOH PEMBIAYAAN

  • 1-10 tahun @ 12-120 bulan

 

JAMINAN ATAU CAGARAN

  • Jaminan

Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.

Atau

  • Cagaran

Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.

Atau

  • Gabungan kedua-duanya sekali

Atau

  • Simpanan Tetap
    • Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
    • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

 

KADAR KEUNTUNGAN

kadar keuntungan yang telah ditetapkan adalah 4%

 

CARA PERMOHONAN

Permohonan bolehlah dilakukan secara atas talian @ Online di https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/login/ush/frmLogin_Pembiayaan.aspx

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *