SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP) : CARA MOHON 

BANTUAN KERAJAAN - Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP) : CARA MOHON

Skim Jaminan Kredit Perumahan ini bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.

  • Mulai 1 April 2023, Kerajaan Malaysia akan meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama mereka.

Baca Juga : BANTUAN KERAJAAN – Pelan Penyelesaian Hutang LPPSA (DSP)

APA ITU SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)

Skim Jaminan Kredit Perumahan – MADANI (SJKP-MADANI) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad bagi golongan pendapatan tidak tetap bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil yang berkelayakan untuk mendapatkan kemudahan gadai janji .

TUJUAN PEMBIAYAAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)

  • Pembiayaan gadai janji

HAD PEMBIAYAAN SJKP

Had Pembiayaan  Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT/LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian

TEMPOH PEMBIAYAAN PINJAMAN SJKP

Tempoh Pembiayaan  Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)

KADAR JAMINAN PEMBIAYAAN SJKP (SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN)

Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi

  • Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan
  • Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot

Kadar Faedah/Keuntungan  Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat

*MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
*MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
*LTHO: Long Term House owner’s Takaful

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MOHON SJKP

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah atau sederhana atau mampu milik dan untuk didiami
  • Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
  • Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
  • Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan

*CCRIS: Central Credit Reference Information System

CARA MOHON SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)

Proses Skim Jaminan:

  1. Bakal peminjam mengenal pasti kediaman yang dikehendaki. Selepas itu, memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada IKP yang terlibat
  2. Institusi Kewangan Terlibat akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peminjam yang layak
  3. Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi jaminan pembiayaan
  4. SJKP akan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan pembiayaan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan)
  5. Institusi Kewangan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan daripada SJKP
  6. Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas Institusi Kewangan mengeluarkan pembiayaan

Dokumen diperlukan:

  1. Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka
  2. Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
  3. Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
  4. Surat pengesahan pekerjaan
  5. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  6. Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
  7. Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank

*JKKK: Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi SJKP

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *