SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO

SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO

Skim Bencana Pekerjaan PERKESO memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:

Baca Juga : CARA TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN ASB

TERLIBAT KEMALANGAN SEMASA MENJALANKAN PEKERJAAN

  • Kemalangan yang ditimpa ketika berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.

KEMALANGAN SEMASA DALAM PERJALANAN

  • Mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya
  • Dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya
  • Di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan

JUGA KEMALANGAN SEMASA KECEMASAN

  • Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.

PENYAKIT KHIDMAT

  • Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
  • Contoh Penyakit Khidmat:
    • Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
    • Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya

FAEDAH DI BAWAH SKIM BENCANA PEKERJAAN

FAEDAH PERUBATAN

  • Pekerja yang ditimpa bencana pekerjaan atau menghidap penyakit khidmat boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital Kerajaan sehingga pulih sepenuhnya.
  • Bagi kecederaan parah, rawatan mestilah diperolehi dari hospital Kerajaan dan pekerja akan diberi rawatan di wad kelas dua. Rawatan pakar akan diberi jika perlu.

*Bayaran Ganti Belanja

  • Bagi caj rawatan yang diperolehi dari klinik bukan panel PERKESO, majikan atau pekerja boleh mengemukakan permohonan tuntutan ganti belanja dan bayaran tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan atau mengikut Akta Fee 1951.

 

FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA

  • Tempoh Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan. Walau bagaimanapun, Faedah Hilang Upaya Sementara TIDAK akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.
  • Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari.

 

FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL

  • Pekerja yang mengalami hilang upaya kekal akibat bencana pekerjaan boleh memohon faedah ini.
  • Kadar harian Faedah Hilang Upaya Kekal adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja tertakluk kepada kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM118.50 sehari.
  • Had masa membuat tuntutan adalah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh terakhir hilang upaya sementara.
  • Tuntutan akan dirujuk ke Jemaah Doktor untuk taksiran hilang upaya kekal
  • Sekiranya taksiran tidak melebihi 20%, bayaran boleh dibuat secara pukal
  • Sekiranya taksiran melebihi 20%, 1/5 daripada kadar harian faedah tersebut dibayar secara pukal dan bakinya dibayar secara bulanan sepanjang hayat

 

ELAUN LAYANAN SENTIASA

  • Pekerja yang menerima taksiran hilang upaya langsung yang kekal dan tidak berdaya dengan teruknya hingga sentiasa memerlukan layanan seseorang lain, layak menerima elaun ini dengan pengesyoran Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Khas atau Jemaah Doktor Rayuan.
  • Jumlah Elaun Layanan Sentiasa adalah ditetapkan sebanyak RM500 sebulan.

 

KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI / VOKASIONAL

  • Kemudahan ini diberikan kepada pekerja yang layak dalam bentuk:
    1. Pemulihan jasmani termasuk:
      • Fisioterapi
      • Terapi pekerjaan
      • Pembedahan rekonstruktif
      • Bekalan prostetik, ortotik dan lain-lain alat
      • Bekalan ortopedik seperti kerusi roda, tongkat, alat pendengaran, cermin mata, kasut khas dan lain-lain
    2. Pemulihan vokasional termasuk:
      • Latihan dalam bidang seperti elektrikal, jahitan, membaiki radio / TV, menaip dan lain-lain.

*Semua perbelanjaan kemudahan pemulihan di atas ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

FAEDAH ORANG TANGGUNGAN

  • Orang tanggungan layak menerima faedah ini sekiranya pekerja terlibat meninggal dunia akibat bencana pekerjaan.
  • Kadar harian adalah 90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja tertakluk kepada kadar minimum RM30.00 sehari dan maksimum RM118.50 sehari.

 

Orang Tanggungan dan Syer Kadar Harian

1.Orang tanggungan dan syer kadar harian adalah mengikut keutamaan berikut:

2.Jika seseorang pekerja meninggal dunia akibat bencana pekerjaan dan tidak meninggalkan balu atau, duda atau anak, Faedah Orang Tanggungan akan dibayar kepada:

FAEDAH PENGURUSAN MAYAT

  • Amaun sebanyak RM2,000 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala. Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. Sekiranya tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian itu.
  • Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM2,000 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.

 

FAEDAH PENDIDIKAN

  • Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman disediakan kepada anak tanggungan sekiranya orang berinsurans:
    • Meninggal dunia akibat bencana pekerjaan
    • Menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Permohonan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan PERKESO.
  • Mulai 1 Januari 2013, kadar caj perkhidmatan pinjaman pendidikan bagi peminjam yang menerima tawaran pinjaman pendidikan sebelum 1 Januari 2009 telah diturunkan daripada 4% kepada 2%. Manakala bagi peminjam baru yang menerima tawaran selepas 1 Januari 2009, kadar caj perkhidmatan pinjaman pendidikan masih kekal 2%.

 

Maklumat Lanjut

Layari LAMAN PERKESO

Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

perkeso@perkeso.gov.my

1-300-22-8000

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *