CARA UNLOCK DAN GUNA SEMULA SIMKAD KENA BLOCK (CELCOM/MAXIS/DIGI/TUNE TALK/ ONE XOX/YES4G)

Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA UNLOCK DAN GUNA SEMULA SIMKAD KENA BLOCK (CELCOM/MAXIS/DIGI/TUNE TALK/ ONE XOX/YES4G)

Sekiranya anda mempunyai simcard kena block kerana tidak melakukan tambah nilai dan tempoh pengaktifan simkad anda tidak aktif lagi. Bagaimana kalau ingin aktifkan kembali? Ini kerana kemungkinan anda ingin dapatkan Nombor telefon anda kembali. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

Baca Juga : Cara Daftar TikTok Affiliate (Follower Bawah 1000)

Celcom

  • Sekiranyan anda pengguna Celcom dah simkad anda telah melebih tempoh aktif, berikut adalah cara untuk aktifkan kembali:
  • Call Customer Service: 03 36308888,
  • Customer service celcom akan memberitahu Anda bahawa nombor Anda disekat kerana sudah tidak aktif melebihi 50 hari.
  • Segera lawati pusat khidmat pelanggan Celcom terdekat untuk memperbaiki masalah simcard Celcom yang disekat atau kena block.
  • Terdapat kos yang mesti Anda bayar untuk mengaktifkan semula simcard celcom yang mati atau disekat, iaitu sebesar RM30

 

Maxis

  • Sekiranyan anda pengguna Maxis dah simkad anda telah melebih tempoh aktif, berikut adalah cara untuk aktifkan kembali:
  • Call Customer Service: 1 300 820 120
  • Customer service Maxis akan memberitahu anda bahawa nombor Anda disekat kerana sudah tidak aktif dan juga status Nombor anda boleh diaktifkan kembali atau tidak.
  • Segera lawati pusat khidmat pelanggan Maxis terdekat untuk memperbaiki masalah simcard anda yang disekat atau kena block
  • Pastikan anda pemilik yang berdaftar yang akan hadir, ini kerana pengesahan kad pengenalan diperlukan.
  • Kos pengaktifan adalah percuma dan anda tidak perlu mengantikan simkad baru
  • Tempoh pengaktifan selama 7 hari bekerja.

 

Digi

  • Sekiranyan anda pengguna Digi dah Simkad Kena Block telah melebih tempoh aktif, berikut adalah cara untuk aktifkan kembali:
  • Sila pergi ke Digi Store yang berdekatan dengan Anda.
  • Sila pastikan anda ialah pemilik berdaftar untuk nombor tersebut
  • Sila membawa kad pengenalan, IC atau pasport untuk proses pengaktifan semula.
  • Customer service akan membantu anda sehingga simkad Digi Anda boleh diaktifkan semula.

 

TuneTalk

  • Sekiranyan anda pengguna Tune Talk dah Simkad Kena Block melebihi tempoh aktif, berikut adalah cara untuk aktifkan kembali:
  • Call Customer Service: 03-2771 7000
  • Customer service celcom akan memberitahu Prosedur yang anda harus ikuti untuk aktifkan nombor anda.
  • Sila pastikan anda ialah pemilik berdaftar untuk nombor tersebut
  • Segera lawati pusat khidmat pelanggan Tune Talk terdekat untuk memperbaiki masalah simcard anda yang disekat atau kena block

 

One XOX

  • Sekiranyan anda pengguna One XOX dah Simkad Kena Block telah melebih tempoh aktif, berikut adalah cara untuk aktifkan kembali:
  • Email kepada customer service di cs@onexox.my
  • Contoh kandungan email adalah seperti berikut:.

Tajuk : Permohonan pengaktifan semula simkad bernombor (Nombor telefon)

Isi: salam sejahtera, Saya (NAMA) nombor kad pengenalan (NO KAD PENGENGALAN) pemilik nombor(NOMBOR). Bolehkah saya mendapatkan semula nombor berkenaan memandangkan nombor itu penting untuk urusan seharian saya. Saya akan membayar segala tunggakan atau caj pengaktifan yang diperlukan untuk mendapatkan semula nombor berkenaan. Saya mengaku kesilapan kerana terlupa untuk tambah nilai/bayar bil bagi nombor berkenaan. Harap pihak Tuan dapat memberi maklumbalas kepada saya. Terima kasih saya dahulukan.

  • Lepas hantar email tu, tunggu lah dalam 2-3 hari waktu bekerja untuk team teknikal bagi maklumbalas.
  • Biasanya nombor yang diterminate ni ambik masa 30 hari sebelum dihantar ke SKMM untuk proses recycle.

NOTA: Pastikan simkad Onexox yang dah terminate tu masih ada dalam simpanan. Ini kerana anda perlu nyatakan nombor siri simkad kepada teknikal Onexox setelah mereka reply email diatas.

 

 

Yes 4g

  • Sekiranyan anda pengguna Yes4G dah simkad anda telah melebih tempoh aktif, berikut adalah cara untuk aktifkan kembali:
  • Sila pergi ke YES Store yang berdekatan dengan Anda.
  • Sila pastikan anda ialah pemilik berdaftar untuk nombor tersebut
  • Sila membawa kad pengenalan, IC atau pasport untuk proses pengaktifan semula.
  • Customer service akan membantu anda sehingga simkad Yesi Anda boleh diaktifkan semula.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan cara unlock simkad anda yang kena block anda boleh hubungi pusat khidmat pelanggan telco anda.

About Author

2 thoughts on “CARA UNLOCK DAN GUNA SEMULA SIMKAD KENA BLOCK (CELCOM/MAXIS/DIGI/TUNE TALK/ ONE XOX/YES4G)

    1. Assalamualaikum sim kad saya kena block tak boleh nak isi top up cm mna cara nya kalau boleh tw nak aktif kn balik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *