SIAPAKAH MUJADDID YANG AKAN MUNCUL SETIAP 100 TAHUN 

SIAPAKAH MUJADDID YANG AKAN MUNCUL SETIAP 100 TAHUN 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SIAPAKAH MUJADDID YANG AKAN MUNCUL SETIAP 100 TAHUN

Tahukah anda siapakah Mujaddid? Mujaddid merujuk kepada individu yg dikatakan akan muncul pada setiap abad didalam kalender Islam dan tugasnya membangkit Islam, membersihkan Islam dari dinodai oleh unsur-unsur bid’ah, kurafat dan sebagainya. Kemungkinan mujaddid ini seorang Khalifah, Raja, Wali, Ulama’, atau sesiapa sahaja yang mempunyai kriteria-kriterianya.

BACA JUGA : Siapakah Sebenar Panji Hitam Dari Timur Yang Dimaksudkan?

SIAPAKAH MUJADDID?

Hadith ini begitu masyhur dan sering kita dengar apabila masyarakat berbicara berkenaan transformasi untuk sesuatu perkara sehinggakan para ulama’ mengarang beberapa karya bagi menentukan siapakah tokoh yang digelar sebagai mujaddid atau reformis. Hadith ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan untuk umat ini setiap seratus tahun orang-orang yang akan memperbaharui agama ini (daripada segala penyimpangan)”

MAKSUD HADITH TENTANG KEMUNCULAN MUJADDID SETIAP 100 TAHUN

  • Daripada hadith ini, kita memahami bahawa Allah SWT akan mengutuskan kepada umat ini setiap seratus tahun orang-orang yang akan membantu masyarakat agar mereka tidak tersesat dan terpesong daripada agama ini dan dalam masa yang sama akan menjaga kesucian agama ini daripada unsur-unsur yang boleh mencemarkan ketulenan agama ini. Oleh itu, setiap orang muslim yang mengaku beriman perlu mempercayai hadith ini.
  • Maksud al-Tajdid atau reformasi ialah mengembalikan dan melihat sudut feqah, Iman, amal dan dakwah dengan cara dan nafas yang baru dan bersesuaian dengan keadaan semasa selagimana ia tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Hadith. Untuk itu, maksud tajdid bukanlah mencipta sesuatu perkara atau agama yang baru sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
  • Jika kita melihat kepada zaman para sahabat, tabi’in dan generasi selepas daripada tabi’in, kita dapat melihat bahawa ketika zaman itu terdapat sikap meraikan, kemudahan dan terbuka dalam memahami nas-nas bagi menyesuaikan dengan maslahat atau tuntutan pada waktu itu.

MAKNA LAFAZ “ مَن ” DI DALAM HADITH INI

Para ulama’ dan ahli ‘ilmu berpendapat ketika menafsirkan hadith ini, lafaz “man” (من) itu adalah “isim mausul” (اسم موصول) yang membawa maksud itlaq (إطلاق) samada seorang atau lebih. Ini kerana, terdapat golongan yang mengatakan hanya seorang yang akan menjadi reformis setiap seratus tahun. Pendapat yang mengatakan bahawa lafaz “man” itu menunjukkan lebih daripada seorang disokong oleh beberapa ulama’ hadith yang terkenal, antaranya ialah:

  • Ibn Hajar : “Tidak semestinya setiap seratus tahun itu akan muncul seorang sahaja reformis, kemungkinan perkara tersebut dilakukan secara berkumpulan.” [Fath al-Bari, 13:295]
  • Ibnu Kathir : “Hadith ini meliputi setiap individu pada masa kini yang melaksanakan fardhu kifayah iaitu dengan menunaikan amanah ilmu.” [al-Bidayah wa al-Nihayah, 9:303]
  • Al-Zahabi : “Aku berpendapat lafaz “man” di dalam hadith tersebut menunjukkan jama’ dan bukannya mufrad”.[Tarikh al-Islam, 7:99]

TARJIH 

Setelah kami nyatakan bahawa para ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan lafaz “man” di dalam hadith. Untuk itu, kami berpendapat bahawa “man” di dalam hadith ini bermaksud lebih daripada seorang sebagaimana yang difahami oleh dahulu dan masa kini.

ANTARA CIRI-CIRI DAN KUALITI MUJADDID

  • Mujaddid tidak semestinya Mujtahid
  • Mujaddid hendaklah dari kalangan Ahli Sunnah wal Jama’ah
  • Mujaddid mestilah seorang Alim didalam Agama
  • Mujaddid hendaklah seorang ulama’ yang terkemuka pada zamannya
  • Mujaddid ialah seseorang yang berkhidmat untuk agama; Allah dan Rasul keutamaanya.
  • Mujaddid tidak gentar dengan tentangan penentang dan pemerintah
  • Mujaddid tidak takut bercakap benar didalam semua situasi
  • Mujaddid hendaklah seorang yang warak

SIAPAKAH WALI SONGO : PENYEBAR ISLAM DI TANAH JAWA

SIAPAKAH SENARAI ULAMA’ YANG DI KATAKAN MUJADDID SEBELUM INI

Berikut adalah senarai kemungkinan nama ulama’ yang di kata Mujaddid, dari kurun pertama sehingga lima :

  1. MUJADDID ABAD PERTAMA

    • Umar bin Abdul Aziz (682 – 720)
    • Abu Hanifa al-Nu’man (699 – 720)
    • Ibn Sirin (abad ke 8)
  2. MUJADDID ABAD KEDUA

    • Muhammad ibn Idris al-Shafi`i (767 – 820)
    • Hasan al-Basri (642 – 728 atau 737)
    • Malik ibn Anas (715 – 796)
    • Muhammad bin Hassan Shaibani
  3. MUJADDID ABAD KETIGA

    • Ahmad ibn Hanbal (780 – 855)
    • Abu al-Hasan al-Ash’ari.
  4. MUJADDID ABAD KEEMPAT

    • al-Baihaqi
    • Tahtaawi
    • Abu Haatim Raazi
  5. MUJADDID ABAD KELIMA

    • Abdul-Qadir Gilani
    • Al-Ghazali (1058–1111)

MAKLUMAT LANJUT

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *