Siapa Wajib Melakukan Qurban?

Siapa Wajib Melakukan Qurban
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Siapa Wajib Melakukan Qurban?

Sebenarnya terdapat dua jenis qurban iaitu Qurban Wajib dan Sunat. Ramai Antara kita yang kurang pengetahuan berkaitan Qurban wajib. Oleh itu, kami akan merungkaikan persoalan Siapa yang wajib Qurban.

 

Untuk pengentahuan anda terdapat tiga jenis Qurban yang hukumnya Wajib dilaksanakan. Jenis Qurban Wajib ialah Qurban Wasiat, Qurban Nazar dan Qurban Ta’yin.

Dan  daging Qurban Wajib adalah Haram dimakan oleh pemilik atau pelaksananya serta ahli keluarganya.

 

  1. Qurban Wasiat
  • Qurban Wasiat adalah Qurban yang telah diwasiatkan oleh si mati kepada seseorang individu sebelum beliau meninggal dunia. Qurban Wasiat wajib dilaksanakan serta perlu diniatkan keatas si mati.

 

  • Perlu diingatkan, apabila seseorang melaksanakan Qurban untuk orang yang telah meninggal dunia kerana diberi wasiat, maka haram baginya makan daging tersebut.

 

  • Perkara ini dijelaskan oleh Imam Ibn Hajar al-Haytami di dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra bahkan beliau menjelaskan wajib untuk menyedekahkan seluruh daging tersebut.

 

  1. Qurban Nazar
  • Qurban Nazar adalah Qurban yang diwajibkan kepada seseorang individu itu setelah membuat perjanjian dengan Allah SWT. Di mana seseorang individu itu sendiri bernazar untuk melakukan ibadah Qurban.

 

  • Setiap perjanjian adalah wajib dilaksanakan. Apa yang penting adalah, daging Qurban nazar adalah haram dimakan oleh pemilik atau pelaksananya serta ahli keluarganya.

 

  • Jika ada antara ahli keluarganya yang termakan daging itu, maka pemilik daging korban tersebut wajib menggantikannya kembali. Ianya boleh diganti melalui zat daging atau dengan nilai daging tersebut.

 

  1. Qurban Ta’yin
  • Qurban Ta’yin adalah apabila seseorang itu mengisyaratkan (ta’yin) kepada binatang perliharaanya yang boleh dijadikan haiwan Qurban dengan berkata “aku akan mengorbankan binatang (haiwan Qurban) ini” maka wajib keatasnya melaksanakan sembelihan.

 

  • Maka Wajib keatasnya melaksanakan Qurban dan bersedekah kesemua daging tersebut. Haram keatasnya memakan daging Qurban Ta’yin.

 

Dengan informasi ini, semoga menjadi petunjuk kepada orang ramai yang masih keliru tentang Qurban Sunat dan Qurban Wajib

 

Sehingga ada daripada mereka yang memakan sebahagian dagingnya atau haiwan Qurban Wajib tersebut tanpa mengentahui Hukum Keatasnya.

 

Baca Juga

Panduan Melakukan Ibadah Qurban

Juga Banyak lagi artikel menarik di malaylive.com

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *