Senarai Portal Jawatan Kosong (Laman Web Pencarian Kerja Di Malaysia)

Senarai Portal Jawatan Kosong (Laman Web Pencarian Kerja Di Malaysia)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Senarai Portal Jawatan Kosong (Laman Web Pencarian Kerja Di Malaysia)

Dengan kecanggihan arus perdana, kita tidak perlu lagi mencari kerja kosong di surat khabar atau mana-mana poster yang di tampal di tepi jalan. Kini semuanya mudah dengan hanya mengakses mana-mana portal atau website secara atas talian (online).Berikut merupakan Senarai Portal Jawatan Kosong yang popular di Malaysia.

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

  • SPA menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan dalam pelbagai bidang
  • Laman ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Mereka akan mengiklankan jawatan kosong untuk semua negeri
  • Maklumat kekosongan kerja seperti jawatan, gaji dan deskripsi tugas juga turut disertakan bagi memudahkan pengguna
  • Laman web : SPA https://www.spa.gov.my/spa/

Cara Mengisi Permohonan SPA9 (Jawatan Kosong Kerajaan)

 

Jobstreet

  • Jobstreet adalah laman web sumber kerjaya yang terawal diwujudkan di Malaysia Pada tahun 1997 merupakan tahun dimana ia bermula
  • kini JobStreet merupakan syarikat pekerjaan online terbesar di South East Asia
  • Jobstreet juga terkenal dalam kalangan graduan untuk mencari jawatan kosong
  • Kajian daripada JobStreet.com, untuk tahun 2014, 80% daripada majikan telah mengambil graduan yang baru sahaja tamat pengjian dan memberikan mereka peluang pekerjaan
  • Laman web :JobStreet.com

Soalan Lazim Temuduga SPA  (Contoh Soalan Interview Yang Popular)

WOBB Working On Beans Bags (HIREDLY)

  • WOBB kini dikenali sebagai HIREDLY
  • HIREDLY merupakan laman web carian kerja yang berbeza daripada laman web carian kerja lain
  • HIREDLY menyenaraikan beberapa majikan yang dilakukan oleh pasukan mereka sendiri
  • HIREDLY juga telah mewujudkan aplikasi mudah alih bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna untuk mencari kerja di mana-mana sahaja mereka berada
  • Dengan aplikasi ini, pemohon boleh menghantar resume kepada syarikat yang anda inginkan
  • Laman web : https://my.hiredly.com/

 

Skootjobs

  • SkootJob merupakan laman sesawang carian kerja yang ingin mencari pekerja separuh masa, sepenuh masa dan graduan baru di Malaysia
  • Anda boleh memuat naik resume anda,
  • Namun resume tersebut perlulah ringkas sahaja bagi memudahkan proses permohonan dan memudahkan majikan membaca latar belakang anda
  • Laman web : SkootJobs.com

 

Intern.my

  • Laman web ini menyediakan maklumat syarikat yang menawarkan jawatan intern atau latihan industri kepada pelajar universiti
  • Laman sesawang ini juga memaparkan maklumat seperti kriteria yang diperlukan, tempoh intern dan juga elaun
  • Pelajar yang sedang mencari tempat praktikal amat digalakkan untuk melayari laman web ini kerana ia sangat membantu
  • Laman web : Intern.my

 

Wowintro

  • WowIntro merupakan platform online untuk mencari kerja yang lain daripada lain
  • Mereka yang membuat permohonan perlu untuk mempamerkan diri anda melalui video selama 30 saat
  • Kelebihan menggunakan platform ini adalah anda boleh mempamerkan kemahiran berkomunikasi dan kekuatan yang anda milki sebelum diambil bekerja
  • Dengan menggunakan portal ini juga dapat menjimatkan masa anda dan juga kos
  • Laman web : WowIntro

 

 

Mudah.my

  • Secara umum, mudah.my merupakan platform jual beli online yang menyediakan pelbagai kategori seperti kereta, hartanah, barangan elektronik dan banyak lagi
  • Namun ia juga mengiklankan jawatan kosong dalam kategori Job and Services
  • Secara umum, anda boleh membuat permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan
  • Maklumat yang dipaparkan termasuk kriteria yang diperlukan, gaji, pengalaman kerja dan kelayakan
  • Laman web : Mudah Jobs

 

Indeed

  • Indeed juga merupakan salah satu laman web carian kerja yang popular di Malaysia
  • Terdapat ribuan iklan jawatan kosong dipaparkan untuk pelbagai bidang di seluruh negeri di Malaysia
  • Anda boleh muat naik resume anda dan jika resume anda dipilih anda akan dipanggil oleh syarikat berkenaan untuk sesi temuduga
  • Laman web : Indeed.com

 

 

myStarjob

  • MyStarjob adalah salah satu laman web yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia yang ingin mencari kerja
  • Laman web carian kerja ini mampu menyediakan peluang kerja yang kompetetif dan mempunyai servis khidmat pelanggan yang baik
  • Laman web : myStarjob

 

Monster

  • Monster juga merupakan salah satu laman web yang menyediakan carian kerja separuh masa, kontrak dan graduan baru lepasan universiti
  • Selain daripada mengiklankan kerja kosong, monster juga menyediakan servis membuat resume
  • Laman web : Monster

 

Jobsmalaysia

  • JobsMalaysia menyediaka proses padanan kerja yang mudah dan sistematik
  • Laman web ini menyediakan sistem untuk pencarian kerja dan penawaran kerja
  • JobsMalaysia juga merupakan portal carian kerja yang mesra OKU
  • Laman web : JobsMalaysia

 

 

FastJobs

  • FastJobs ialah aplikasi mudah alih yang memenangi anugerah yang menghubungkan pencari kerja bukan eksekutif kepada majikan yang boleh dipercayai dengan cepat & mudah.
  • Dengan hanya satu ketikan, pemohon boleh memohon pekerjaan yang ditawarkan oleh beribu-ribu majikan yang dipercayai di Malaysia, merentasi semua sektor!
  • Dapatkan akses kepada pembukaan pekerjaan yang menarik merentasi peranan sepenuh masa, sambilan dan kontrak.
  • Calon baharu boleh mendaftar akaun dengan mudah dan membuat resume profesional dengan aplikasi.
  • Laman web : https://www.fastjobs.my/

 

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda membina kerjaya yang terbaik untuk anda

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *