SENARAI LOKASI PEDi : PUSAT EKONOMI DIGITAL

SENARAI LOKASI PEDi : PUSAT EKONOMI DIGITAL
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SENARAI LOKASI PEDi : PUSAT EKONOMI DIGITAL

Tahukah anda senarai lokasi PEDi di seluruh Malaysia? Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang memberi peluang kepada komuniti setempat memperkasa kemahiran digital dan menjana pendapatan melalui platform e-Dagang.

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil mengadakan tinjauan ke PEDi RP Seberang Terus, Alor Setar pada 29 Mac 2023 (Rabu).

Sehingga kini seramai 1,898 daripada 4,994 peserta di PEDi RP Seberang Terus telah berjaya dilatih menguasai ICT melalui program yang ditawarkan.

Sebanyak 3.2 juta penyertaan telah diterima melalui program dan latihan ICT, Keusahawanan, Advokasi dan lain-lain dari PEDi di seluruh negara.

APA ITU PEDi?

PEDi atau Pusat Ekonomi Digital adalah pusat sehenti yang menyediakan capaian internet kepada komuniti setempat, latihan ICT dan keusahawanan dengan bertujuan untuk menaikkan taraf sosioekonomi setempat dan merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.

APAKAH PERANAN PEDi?

  1. Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;
    • menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.
    • masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
    • meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
    • membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
  2. Fokus PEDi tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta.
  3. Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

MANFAAT PEDi

Berikut adalah merupakan manfaat PEDi kepada Masyarakat:

  • Usahawan
    • Dapat halankan perniagaan secara dalam talian melalui program e-dagang
    • Memahami kebolehpasaran produk dan khidmat strategi penjenamaan
    • Dapat diiktiraf sebagai ikon keusahawan
  • Komuniti
    • Panel penasihat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia akan perkasa komuniti luar bandar dengan:
      • Memantau aktiviti Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia
      • Memastikan program berimpak tinggi

JUMLAH PEDi YANG ADA

  • Sebanyak 873 PEDl sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. PEDl juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi kerajaan lain dan swasta.
  • 37 PEDi baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022.
  • Sementara sebanyak 173 PEDl akan ditubuhkan di bawah matlamat 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) 1 PEDl. PEDl ini dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada penhujung Disember 2022.
  • Ini menjadikan sebanyak 1,083 PEDl beroperasi di seluruh negara.

LATIHAN DAN KURSUS YANG DITAWARKAN PEDi

  • Setiap PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:
    • Latihan ICT
    • Latihan keusahawanan
    • Latihan multimedia
    • e-pembelajaran
    • Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro
    • Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.
  • Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih dari agensi serta swasta.

SENARAI LOKASI PEDi DI MALAYSIA

Berikut adalah merupakan senarai lokasi PEDi Terkini:

SENARAI LOKASI PEDi DI PUTRAJAYA

  • Presint 16
  • Presint 18
  • Presint 9 f3
  • Presint 9 f10

SENARAI LOKASI PEDi DI KUALA LUMPUR

  • PPR Kg Muhibbah
  • PA DBKL Desa Rejang
  • PPR Kg Batu Muda
  • PPR Seri Semarak
  • PPR Kg Baru Air Panas
  • PPR Taman Beringin
  • PPR Intan Baiduri
  • PPR Pinggiran Bukit Jalil

SENARAI LOKASI PEDi DI SELANGOR

  • Semenyih
  • Kg Kubu Gajah

SENARAI LOKASI PEDi DI KEDAH

  • Yan Kechil
  • Titi Teras
  • Bukit Besar
  • Kg.Padang Wahid, Langkawi
  • Sungai Limau
  • Kuala Sala
  • Pokok Sena
  • Gunung Hilir
  • Jerlun
  • Napoh
  • Kodiang

SENARAI LOKASI PEDi DI SARAWAK

  • Kampung Sibuluh
  • Kampung Krokong
  • Kampung Bogag
  • Kampung Skio
  • Tanjung Bowang
  • Kampung Luak
  • Kampung Stungkor Baru
  • Kampung Telaga Air
  • Serasot
  • Daro
  • Meradong
  • Sungai Asap
  • Engkelili
  • Lubok Antu
  • Bekenu
  • Niah Suai
  • Semop
  • Bawang Assan
  • Kg Pandan
  • Kg Pasir Pandak
  • Sebandi Ulu
  • Braang Bayur
  • Sibuti
  • PPR Taman Malihah
  • Kg Bako
  • Kg Jerijeh
  • Kg Baru Spaoh
  • PPR Bandaria Park
  • Tanjung Manis
  • Kg Tebelu
  • PPR Sibujaya
  • PPR Seduan Rantau Panjang
  • RPR Bandar Baru Permyjaya
  • Kg Taee
  • Taman Sepakat Jaya
  • PPR Batu Gong
  • PPR Taman Dahlia
  • Kg Lambir
  • PPR Sri Wangi
  • Sebauh
  • Sg Bandung
  • Bengoh
  • Kg Quop
  • Piasau Utara
  • Nanga Sekuau
  • Jalan Bayong
  • Melugu
  • Pekan Machan
  • Rantau Panjang
  • Peliau Bungai
  • Batang Maro
  • Kg Jeriah

SENARAI LOKASI PEDi DI NEGERI SEMBILAN

  • Linggi
  • Felda Pasoh 2
  • Felda Pasoh 3
  • Kota Pekan
  • Felda Sungai Lui

SENARAI LOKASI PEDi DI JOHOR

  • Kg Paya Jakas
  • Felcra Sg. Ara
  • Semangar Dalam
  • Parit Othman
  • Tanjung Piai
  • Teluk Rimba
  • Taib Andak

SENARAI LOKASI PEDi DI MELAKA

  • Batang Melaka

SENARAI LOKASI PEDi DI PERAK

  • Changkat Jering
  • Padang Rengas
  • Pekan Manong
  • Pekan Kubu Gajah
  • Gunung Semanggol
  • Pekan Bagan Serai

SENARAI LOKASI PEDi DI KELANTAN

  • Bukit Tandak
  • Kajang Sebidang
  • Kg Jeram
  • Kg Semuba
  • Kg Repek
  • Kg Selising
  • Kg Chengal
  • Kg Gong Kulim
  • Kg Batu Gajah
  • Kg Lawang
  • Kesedar Chalil
  • Kesedar Lebir
  • Kesedar Jeram Tekoh
  • Kg Karangan
  • Kusial Baru
  • Felda Perasu

SENARAI LOKASI PEDi DI PERLIS

  • Batas Lintang
  • Pokok Jawi
  • Padang Besar Selatan
  • Tambun Tulang
  • Kampung Surau
  • Kampung Surau RPA

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai PEDi, anda boleh merujuk soalan lazim (FAQ) di sini

 

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *