SENARAI LOKASI KAMERA AES DI LEBUHRAYA MALAYSIA

SENARAI LOKASI KAMERA AES DI LEBUHRAYA MALAYSIA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SENARAI LOKASI KAMERA AES DI LEBUHRAYA MALAYSIA

Tahukah anda senarai lokasi kamera AES di Lebuhraya Malaysia? Antara punca utama adalah kesesakan lalu lintas serta pemanduan kenderaan yang melebihi had laju. Bagi mengekang peningkatan kemalangan jalan raya,  Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) telah melengkapkan lebuh raya dengan teknologi kamera Automated Enforcement System (AES) bagi di beberapa lokasi di sepanjang lebuh raya.

Penguatkuasaan kamera AES yang mula dilaksanakan sejak 23 September 2012 pada dasarnya dilihat cukup baik bagi menangani masalah kemalangan lebuh raya.

APA ITU KAMERA AES?

  • Automated Enforcement System
  • AES ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua keadaan cuaca.

JUMLAH KAMERA AES TERKINI DI MALAYSIA 

Berikut adalah senarai 45 lokasi AES di Lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat meliputi 29 lokasi hadlaju dan 16 lokasi lampu isyarat.

CARA KAMERA AES BEROPERASI

AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat. Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan dihantar ke pusat kawalan AES. JPJ akan mengesahkan kesalahan dan butiran pemilik kenderaan dan seterusnya mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.

FUNGSI KAMERA AES DI LEBUHRAYA

Mengikut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan 9% pengguna jalan raya yang tegar melakukan kesalahan. Selain itu, jumlah kenderaan bertambah sebanyak 10% pada setiap tahun dan kira-kira 7,000 pengguna jalan raya terkorban saban tahun akibat daripada kemalangan.

Bagi mengurangkan masalah ini, kerajaan telah memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau AES sebagai kaedah untuk memantau dan mengesan pesalah lalu lintas.

Berikut adalah fungsi kamera AES;

  1. Satu teknologi yang mampu mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalu lintas dilakukan di kawasan sering berlaku kemalangan.
  2. Dapat mengenal pasti kesalahan lalu lintas seperti melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.
  3. Berfungsi menguatkuasakan undang-undang secara automatik dan mampu berfungsi 24 jam.
  4. Kamera automatik merekodkan kelajuan, nombor pendaftaran serta gambar pemandu.
  5. Maklumat dihantar terus kepada pusat kawalan dan pengkalan data JPJ.
  6. Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
  7. Sistem ini juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
  8. Bukan hanya perangkap had laju tetapi adalah penyelamat kepada pengguna jalan raya.

SENARAI LOKASI KAMERA AES / AWAS (HADLAJU) 

Berikut dikongsikan senarai lokasi camera awas di seluruh malaysia meliputi lokasi penguatkuasaan bagi hadlaju 110 KM/J:

  1. KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Arah Kuala Terengganu)
  2. KM 151.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  3. KM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah utara)
  4. KM 28.4 Lebuhraya ELITE (Arah utara)
  5. KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  6. KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah utara)
  7. KM 184.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  8. KM 185 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  9. KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah selatan)
  10. KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  11. KM 17 Lebuhraya ELITE (Arah selatan)
  12. KM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah selatan)
  13. KM 146.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  14. KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Arah Kuala Lumpur)
  15. KM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  16. KM 97.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  17. KM 299.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  18. KM 204.6 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  19. KM 174 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  20. KM 328.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  21. KM 166 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  22. KM 375.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  23. KM 96.3 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
  24. KM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara)

Di bawah pula adalah lokasi penguatkuasaan bagi hadlaju 90 KM/J dan ke bawah

  1. KM 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai
  2. 6 KM Lebuhraya PLUS (Arah utara)
  3. KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Sungkai)
  4. KM 6.6 Lebuhraya SKVE : 80 KM/J
  5. KM 1.6 Lebuh Sentosa, WP Putrajaya : 70 KM/J

LOKASI KAMERA AES / AWAS DI LAMPU ISYARAT

Berikut adalah 16 lokasi kamera iaitu jenis penguatkuasaan lampu isyarat (Traffic lights).

  1. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
  2. KM 26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Sungai Siput)
  3. KM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik)
  4. KM 36 Jalan Alor Setar-Butterworth
  5. KM 4 Jalan Sitiawan-Lumut (Arah Lumut)
  6. KM 11 Jalan Sitiawan-Ipoh
  7. KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Ipoh)
  8. KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Kuala Lumpur)
  9. KM 4 Jalan Setiawan-Lumut (Arah Setiawan)
  10. KM 54 Jalan Alor Setar-Butterworth
  11. KM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik)
  12. Jalan Pasir Putih, Ipoh
  13. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
  14. KM 14 Jalan Ipoh-Pusing (Arah Sitiawan)
  15. KM 8 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang
  16. KM 38 Jalan Ipoh-Kampar (Arah Ipoh)

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *