SENARAI IKAN-IKAN HIASAN DI MALAYSIA 

SENARAI IKAN-IKAN HIASAN DI MALAYSIA 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SENARAI IKAN-IKAN HIASAN DI MALAYSIA

Hobi memelihara ikan hiasan sudah tidak asing lagi di Malaysia. Ada yang sanggup menghabiskan duit yang banyak untuk memenuhi keperluan ikan hiasan yang di bela.Ini senarai ikan-ikan hiasan di malaysia yang popular di kalangan penghobi.

Baca Juga : 10 Ikan Air Tawar Terbesar Dunia

SENARAI IKAN-IKAN HIASAN DI MALAYSIA YANG POPULAR ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.Ikan Kelisa Emas Malaysia

Ikan Kelisa Emas amat popular dikalangan pengemar ikan. Sebagai ikan perhiasan, ikan Kelisa Emas mempunyai keistimewaan karena pergerakannya yang indah mempesona. Selain itu susunan sisiknya yang besar dan berkilat merupakan daya pemikat yang istimewa dari ikan hiasan ini.

 

2.Ikan kaloi Sabah

Ikan Kaloi Sabah atau Kaloi Kinabatangan ialah sejenis [[ikan] hiasan yang mahal. Ia banyak ditemui di Sungai Kinabatangan, Sabah. Bentuk ikan Kaloi Sabah menyerupai ikan Kaloi biasa kecuali hujung sirip ekornya yang berwarna merah. Warna badannya hitam kebiruan dan terdapat bintik-bintik berwarna merah bata. Di bahagian kepalanya terdapat bonggol berwarna biru tua dan berbibir tebal. Ikan jantan mempunyai warna yang lebih menarik.

 

3.Ikan Betta @ Ikan Laga

Ikan ini berasal daripada habitat air tawar di benua asia tenggara, kebanyakannya berada di kawasan hilir sungai di sekitar batu, daun dan bawah mohon sungai. Ia sangat aktif apabila berada di dalam bekas.

 

4.Ikan Guppy

Ikan ini sama seperti ikan laga, ia juga boleh hidup di kawasan air tawar yang kosong sahaja.

 

5.Ikan Mas

Sejenis ikan yang manja dan mudah untuk mati, namun ia masih boleh dikira sebagai ikan tahan lasak dengan pengawasan yang minima. Keunikan utama ikan mas ini adalah ia mempunyai fizikal yang menarik, seakan emas-keemasan.

 

6.Ikan Koi

Terdapat banyak jenis ikan koi, tiga antaranya yang sangat terkenal disebut Gosanke. Yang termasuk Gosanke adalah :

  • Kohaku Kohaku merupakan jenis ikan koi yang mempunyai corak warna merah di atas warna putih.
  • Sanke Sanke adalah jenis ikan koi yang mempunyai corak warna merah dan hitam di atas warna putih. Corak hitam tidak terdapat di kepala.
  • Showa Showa adalah jenis ikan koi hitam dengan corak warna merah dan putih.

 

7.Ikan Discus

Discus adalah salah satu ikan hias yang paling indah dan paling sering dipelihara. Mereka termasuk dalam genus Symphysodon, yang pada dasarnya mengandung tiga spesies: Heckel Discus (S. discus), Green Discus (S. aequifasciatus), dan Blue and Brown Discus (S. haraldi). Selain spesies alami tersebut, terdapat berbagai jenis ikan discus buatan manusia yang dihasilkan melalui perkembangbiakan selektif dan mutasi alami.

 

8.Ikan Pleco / Ikan Bandaraya / Ikan Cuci Cermin

Ikan bandaraya mempunyai keunikan bentuk badannya yang mempunyai lubang di bahagian bawah. Lubang ini tidak lain adalah untuk memakan sebarang jenis kotoran dan makanan di dalam akuarium ikan hiasan anda. Ini menjadikan bekas ikan anda lebih bersih dan cantik.

 

9.Ikan Flower Horn

Ikan Flower Horn merupakan salah satu ikan hiasan yang digemari ramai di Malaysia . Ikan ini berasal dari keluarga Cichlidae. Kacukan di antara Folwer Horn terbukti menghasilkan baka yang cukup baik kualitinya dengan ciri-ciri fizikal tertentu , iaitu dari aspek warna dan keindahan bentuk. Salah satu faktor yang mempengaruhi terhadap perubahan warna ikan Flower Horn adalah dengan pemberian bahan kimia tertentu di samping faktor genetik ikan tersebut. Terdapat banyak produk untuk ikan Flower Horn yang terdapat di pasaran dan menawarkan keunggulan masing-masing antara lain untuk pertumbuhan, perubahan warna, perkembangan bentuk dan keadaan sisik mutiara, sehingga membuat pembeli keliru untuk memilihnya.

 

10.Ikan Kelah

Ikan Kelah merupakan ikan eksotik di Malaysia, mempunyai isi yang lembut dan sedap. Sukar untuk di pancing dan hidup di habitat air bersih tanpa pencemaran. Sekarang telah menjadi ikan hiasan popular. mempunyai 19 spesis di seluruh dunia, namun hanya 3 yang ada di malaysia.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *