SENARAI FUNGSI MYKAD : CIRI KESELAMATAN

SENARAI FUNGSI MYKAD : CIRI KESELAMATAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SENARAI FUNGSI MYKAD : CIRI KESELAMATAN

Tahukah anda senarai fungsi yang terdapat pada sekeping Mykad? MyKad merupakan sekeping kad pengenalan pintar yang digunakan di Malaysia. Walaupun saiznya yang kecil dan nipis, namun ia menyimpan pelbagai fungsi padanya.

Baca Juga : CARA SEMAK STATUS PERKAHWINAN : ONLINE e-SYARIAH

APAKAH MYKAD

Bersama-sama dengan pasport, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan dan pasport yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik terkini untuk meningkatkan keselamatan dan kesahihan pemiliknya.

Kad ini telah dilancarkan secara rasminya pada September 2001.Perkataan ‘MyKad’ mempunyai maksud yang tersendiri. Perkataan ‘My’ bererti Malaysia dan juga kata ganti nama kepunyaanku dalam bahasa Inggeris. Perkataan ‘Kad’ pula boleh bermaksud kad ataupun singkatan kepada ‘Kad Akuan Diri’.

 

CIRI KESELAMATAN YANG TERDAPAT DI MYKAD

1.Cetakan pelangi

  • Cetakan boleh berubah warna dari merah ke ungu pada sudut tertentu. Kilauan pelanginya akan muncul jika kita memandang kad tersebut daripada sudut berbeza.

2.Nombor MyKad turisan laser

  • Mengelakkan nombor MyKad daripada mudah ditoreh. Ini penting kerana jika ianya mudah ditoreh, penjenayah mungkin akan lebih mudah untuk menukar maklumat kita.

3.Imej turisan laser

  • Jika kita perasan, terdapat satu lagi gambar wajah kita tertera di bahagian tengah MyKad. Imej yang diletakkan di situ adalah daripada turisan laser. Sudah tentu tidak mudah untuk penjenayah mengubahnya.

4.Perlindungan anti-salinan

  • Mengelakkan MyKad daripada mudah dicetak oleh pihak tidak bertanggungjawab. Perlu diingatkan, penjenayah boleh melakukan apa sahaja terhadap MyKad kita ini, termasuklah mencetaknya untuk tujuan yang tidak dikenal pasti.

5.Corak ‘guilloche’

  • Corak latar belakang MyKad.

6.Sinaran UV pelbagai warna

  • Variasi warna terdapat pada MyKad tulen. Manakala bagi kad palsu, barangkali tiada lagi sinaran UV pelbagai warna seperti yang asal.

7.Cip 80K

  • MyKad mempunyai satu cip mikropemproses serta memori EEPROM yang berupaya menyimpan pelbagai data seperti biometrik (cap jari/imbasan iris), lesen memandu, pengaksesan MEPS dan sebagainya.

 

 

SENARAI FUNGSI YANG ADA PADA MYKAD

Banyak sebenarnya kegunaan MyKad ni selain digunakan sebagai pengesahan identiti dan juga kad touch n go:

1.Kad e-Tunai atau Kad Debit

  • Jika MyKAd korang mempunyai logo MEPS Cash, ini bermakna ia boleh melakukan pembayaran menggunakan Mykad. Jadi, bawa Mykad je cukup nak keluar.

2.Kad ATM

  • MyKad juga boleh digunakan pada mesin ATM untuk melakukan apa-apa transaksi. Tapi sebelum itu, korang kena lah berurusan dengan pihak bank. Antara bank yang membenarkan penggunaan MyKad sebagai Kad ATM ialah Citibank, Maybank, Public Bank dan Bank Islam.

3.Kad Kesihatan

  • Ini paling menarik, untuk pengetahuan korang Mykad boleh berfungsi sebagai kad kesihatan. Korang boleh menyimpan maklumat-maklumat kesihatan seperti jenis darah, alahan, organ implant, penyakit kronik dan maklumat waris atau ahli keluarga terdekat juga. Hebatkan sekeping Mykad ni….

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *