SENARAI BANTUAN RISDA 2024 : CARA PERMOHONAN

SENARAI BANTUAN RISDA 2024 : CARA PERMOHONAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SENARAI BANTUAN RISDA 2024 : CARA PERMOHONAN

Tahukah anda senarai bantuan RISDA 2024? Serba sedikit mengenai risda sebelum anda melihat senarai bantuan risda 2023.Industri getah adalah antara sumber pendapatan negara.Pelbagai produk menggunapakai getah untuk barangan dan produk mereka. Tetapi hari ini industri getah semakin mencabar ekoran harga getah terus merudum turun. Hal ini menimbulkan kerisauan dikalangan penoreh getah di Malaysia.

Bagi memberi dorongan dan semangat kepada pekebun kecil getah di Malaysia, pihak Kemajuan Pekebun Kecil Perushaaan Getah (RISDA) telah mengambil langkah dastik bagi menjaga kepentingan penoreh getah dan pengusaha getah di Malaysia.

Baca Juga : PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN RISDA (PEKEBUN KECIL)

APA ITU RISDA

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen.

Antar fungsi dan peranan RISDA :

  • Melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri getah sektor pekebun kecil;
  • Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawasi Skim yang disediakan dan diluluskan di bawah peruntukan Bahagian VI Akta RISDA 1972;
  • Memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, program latihan dan pendidikan kepada sektor pekebun kecil;
  • Mengumpulkan dan menguruskan perangkaan atau maklumat yang perlu dan menyenggara rekod yang berhubungan dengan sektor pekebun kecil;
  • Merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti lain yang boleh meningkatkan taraf kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;
  • Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dimodenkan untuk memperbaiki kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;
  • Melakukan apa-apa perkara lain yang membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

SEMAKAN SENARAI BANTUAN RISDA 2024

1.Program Peningkatan Produktiviti (PPG)

  • Contoh bantuan PPG antaranya adalah cawan getah, spring pengilat getah, sudu, pisau toreh dan racun rumpai kerana kos untuk peralatan itu kira-kira RM500 sehektar.
  • Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG)
  • Bantuan SIPG pula adalah bahan rangsangan susu getah jenama enthopon dan baja yang kosnya berjumlah RM315 setiap seorang. Kita berikan 16 beg baja untuk sehektar dan satu beg baja ini boleh digunakan untuk 10 pokok getah
  • Bagi pekebun kecil yang mahu menggunakan bahan penggalak lain boleh berbuat demikian tetapi perlu mendapat kelulusan Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan syarat mampu meningkatkan hasil susu getah.
  • Contoh bantuan SIPG :
  • Baja RISDA 4 , Etefon ,Cuka getah

2.PROGRAM INFRASTRUKTUR PEMASARAN (PIP)

Peruntukan bagi pembinaan PIP adalah seperti berikut

Jenis Kos/Unit (RM)

  • PTS 250,000
  • DPS / DPL 25,000
  • PMGB 50,000

Sekiranya kos pembinaan melebihi daripada peruntukan yang diluluskan, perbezaan ini hendaklah ditanggung oleh pihak pemohon.

3.PROGRAM TANAM SEMULA

  • RISDA juga menyediakan bantuan tanam semula.
  • KADAR BANTUAN TANAM SEMULA
    • 9,230 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Semenanjung sahaja)
    • 13,500 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Sarawak sahaja)
    • 14,000 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Sabah sahaja)
    • 2,500 (untuk Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) di Semenanjung sahaja)
    • 7,000 (untuk Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil-NKEA(TSSPK-NKEA) di Semenanjung sahaja)

Untuk maklumat lanjut bantuan tanam semula, baca disini

4.BANTUAN MUSIM TENGKUJUH(BMT)

Jumlah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM600

  1. Semakan status permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dibuat secara online menerusi pautan BMT
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang “SEMAK”.

PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH : BMT RISDA 

5.INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG)

  • Insentif Pengeluaran Getah (IPG) merupakan initiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membantu pekebun kecil getah di Negara ini menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pendapatan mereka.
  • IPG diaktifkan apabila harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di bawah paras RM6.10 se kilogram ATAU purata bulanan harga cuplump/sekerap di bawah paras RM2.50 se kilogram.
  • Contoh: Harga Purata peringkat ladang adalah RM2.00 sekilo.
  • Bayaran insentif yang akan diberikan adalah RM0.50 bagi setiap kilogram. Insentif ini dikendalikan oleh Lembaga Getah Malaysia,bukan RISDA.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN SENARAI BANTUAN RISDA 2024

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:

  • Hotline BMT RISDA 03-4256 4022
  • PEJABAT RISDA,BANGUNAN RISDA,KM 7, JALAN AMPANG,KARUG BERKUNCI,11067,50990 KUALA LUMPUR.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *