SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM : CARA PERMOHONAN

SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM : CARA PERMOHONAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM : CARA PERMOHONAN

Tahukah anda cara buat semakan semula keputusan SPM? Berikut dikongsikan cara untuk membuat Permohonan Semak Semula Keputusan SPM untuk rujukan semua. Tahniah kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi pelajar yang mungkin tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh, anda boleh memohon semakan semula keputusan.

KENAPA BUAT SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM?

Pelajar boleh memohon semakan semula jika tidak berpuas hati. Atau yakin bahawa ada kesilapan dari pihak Lembaga Peperriksaan Malaysia (LPM).

KAEDAH PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

Melalui makluman Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan, permohonan akan dibuka (Tarikh akan dikemaskini) dan boleh dibuat melalui kaedah berikut :-

  1. Manual 
    • Melalui pos
    • Kaunter Lembaga Peperiksaan, Blok E11, Putrajaya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan sekolah
  2. Online/ Atas Talian
    • i) Melalui aplikasi mudah alih eLP (Hanya untuk pengguna Android sahaja dan muat turun di Google Play Store)
    • ii) Melalui moe.gov.my
      • Bermula 8 Jun 2023, jam 1100 pagi
      • Klik Menu Perkhidmatan

CARA SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM MELALUI POS DAN KAUNTER

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM Melalui Pos Dan Kaunter Lembaga Peperiksaan. Langkah-langkah dan panduan dalam membuat permohonan semak semula result SPM tahun sebelumnya adalah seperti berikut :

  1. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.
  2. Untuk membuat permohonan, pemohon mestilah menggunakan Borang Semak Semula/Kes T yang boleh didapati di sekolah, Sektor/ Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my
  3. Pemohon juga boleh memuat turun/ download borang permohonan dipautan berikut:-
  4. Permohonan tidak akan diproses jika tidak menggunakan borang ini atau borang tidak lengkap diisi
  5. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:
    • Pengarah Peperiksaan
      Lembaga Peperiksaan
      Kementerian Pendidikan Malaysia
      Aras 8, Blok E11
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62604 PUTRAJAYA.
      (U.P.: Unit Menengah Atas)
  6. Borang permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan,

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK SEMAK SEMULA

Setiap Permohonan Semak Semula Keputusan SPM hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :-

  1. Sila sertakan dua (2) sampul surat berukuran 11cm x 22cm bernama dan beralamat sendiri dan dilekatkan setem RM1.30.
    • Sila tuliskan perkataan SEMAK SEMULA SPM di sudut atas sebelah kiri sampul surat.
  2. Sertakan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/ pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
    • Untuk Kes T, pemohon perlu menyertakan sekali markah peperiksaan percubaan

BAYARAN Fi SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

Bayaran Fi Dan Kaedah Bayaran Semakan Semula Keputusan. Kadar bayaran proses penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah RM100.00 bagi setiap mata pelajaran.

  • Permohonan melalui pos:
    • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/ Kes T (LP/ Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
    • Cek persendirian tidak diterima.
  • Permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan:
    • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Pembayaran menggunakan wang tunai juga diterima.
    • Cek persendirian tidak diterima

TARIKH PENTING SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

  1. Borang perlu dihantar sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan.
  2. Tarikh keputusan semak semula adalah dua bulan selepas tarikh tutup permohonan
  3. Surat RASMI pemberitahuan keputusan BERUBAH atau KEKAL bagi calon sekolah dan calon persendirian akan dihantar kepada calon.
    • Pernyataan keputusan baharu bagi calon sekolah akan dihantar ke sekolah.
    • Bagi calon persendirian dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri.
  4. Calon hendaklah menyerahkan pernyataan keputusan lama kepada pihak sekolah/JPN apabila mengambil pernyataan keputusan baharu.
  5. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM KES ‘T’

Bagi calon yang mendapat keputusan “T” boleh membuat permohonan penyemakan semula kes “T” bermula 30 hari SELEPAS tarikh pengumuman keputusan.

Dengan syarat calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian Bertutur/Ujian Mendengar/Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya anda

Permohonan boleh dibuat secara online di elp.moe.gov.my dan tiada caj dikenakan bagi semakan kes “T”

MAKLUMAT LANJUT

Sila gunakan nombor rujukan yang diberikan oleh pihak Lembaga Peperiksaan bagi semua urusan berkaitan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Menengah Atas melalui talian 03-8884 3175/ 3357/ 3356 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau

  • SEBARANG PERTANYAAN,
    SILA E-MEL KEPADA
    lp@moe.gov.my

Peraturan pentadbiran permohonan boleh diriujuk dan di download dalam PDF di pautan berikut :-

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *