SEMAKAN DAFTAR PEMILIH : MySPR SEMAK

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH : MySPR SEMAK
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH : MySPR SEMAK

Tahukah anda, Semakan Daftar Pemilih, pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR dengan mudah secara atas talian.Ianya lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa.Adalah menjadi hak setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda dahulu.

Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.

 

KAEDAH SEMAK DAFTAR PEMILIH

Anda kini boleh membuat semakan melalui MySPR semak bagi mengetahui Pusat Mengundi + No Saluran + No Bilangan + Masa Mengundi + Masa Keluar Mengundi

2 Cara Semakan Daftar Pemilih dan Tempat Undi. Berikut merupakan cara semakan bagi mengetahui mengundi;

  1. Portal MySPR
  2. Aplikasi MySPR

CARA SEMAK DAFTAR PEMILIH MELALUI PORTAL MySPR SEMAK

Berikut adalah cara-cara semakan melalui MySPR Semak bagi mengetahui maklumat daftar pemilih bagi PRN 2023;

  1. Layari laman portal https://mysprsemak.spr.gov.my/
  2. Klik pada pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  3. Sila masukkan No. Kad Pengenalan (cth: 98xxxxxxxxxx) / No. Perkhidmatan Tentera (cth: Txxxxx) / No. Perkhidmatan Polis (cth: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx). (Tanpa “-” atau jarak)
  4. Masukkan aksara captcha (4 angka)
  5. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;
    • Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;
    • Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.

 

SEMAK DAFTAR PEMILIH MELALUI APLIKASI MySPR SEMAK

  1. Muat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:
  2. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
  3. Masukkan aksara captcha (4 angka)
  4. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;
    • Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;
    • Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.

 

APAKAH APLIKASI MySPR SEMAK

MySPR Semak merupakan aplikasi yang disediakan sebagai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat semakan status pendaftaran pemilih dan tempat mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Di samping itu, aplikasi ini juga menyediakan kemudahan semakan calon dan keputusan pilihan raya.

 

MAKLUMAT YANG ADA DI PORTAL MySPR SEMAK

Maklumat pengundian dalam sistem MySPR Semak akan memaparkan beberapa perkara penting seperti berikut :

  • Pusat Mengundi
  • Saluran
  • Bilangan
  • Masa Mengundi
  • Masa Keluar Mengundi Yang Digalakkan
  • Hari Mengundi

Anda digalakkan keluar mengundi mengikut waktu yang dicadangkan oleh SPR bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi.

Sila catat nombor Saluran serta nombor Bilangan dan bawa ke Pusat Mengundi

 

DOKUMEN YANG DI PERLUKAN SEMASA MENGUNDI

Dokumen yang di perlukan adalah ‘salah 1‘ daripada dokumen berikut :
1. Kad Pengenalan
2. Dokumen Pengenalan Sementara
3. Lesen Memandu
4. Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan
5. Pasport Malaysia

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7018 dalam waktu pejabat atau layari laman sesawang https://www.spr.gov.my.

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR

 

Baca Juga : Cara Daftar Mengundi Online (MySPR Daftar Pemilih)

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *