SEMAK STATUS PINJAMAN PTPTN : KEPUTUSAN PERMOHONAN

SEMAK STATUS PINJAMAN PTPTN : KEPUTUSAN PERMOHONAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SEMAK STATUS PINJAMAN PTPTN : KEPUTUSAN PERMOHONAN

Tahukah anda cara semak status pinjaman PTPTN anda?  Untuk maklumankepada peminjam PTPTN, kini semakan status pinjaman dan cara semak baki pinjaman PTPTN boleh dibuat secara SMS dan atas talian (online) melalui portal yang telah disediakan iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Disini kami akan kongsikan caranya, smoga membantu.

APA ITU PTPTN?

PTPTN , atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ialah sebuah agensi Kementerian Pendidikan (KPM) yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di institusi awam dan swasta.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON PTPTN?

Secara amnya, anda mestilah pelajar Diploma atau Sarjana Muda untuk melayakkan diri untuk permohonan pinjaman PTPTN.

  • Anda mestilah warganegara Malaysia.
  • Anda mesti berumur di bawah 45 tahun.
  • Anda mesti ditawarkan tempat di IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh KPM/MQA.
  • Kursus anda hendaklah mendapat kelulusan KPM / mempunyai Sijil Akreditasi yang sah daripada MQA (untuk universiti swasta).
  • Anda mesti tiada penaja lain.
  • Anda mesti mempunyai akaun SSPN-i.
  • Selain itu, pinjaman PTPTN meliputi kursus profesional seperti ACCA dan ICAEW, serta pengajian Pascasiswazah yang ditawarkan oleh institusi awam sahaja.
  • Semak cara membuka akaun SSPN-i dan memohon PTPTN secara dalam talian .

FUNGSI PTPTN

  • PTPTN berfungsi untuk menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
  • Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan.
  • Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

MENGENAI PORTAL PTPTN

Menerusi portal PTPTN ini, peminjam boleh akses maklumat seperti berikut:

  • Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  • Semakan Status Permohonan Pinjaman PTPTN
  • Semakan Maklumat Institusi Pengajian Swasta (IPTS)
  • Semakan Nama Peminjam Yang Gagal Membayar Pinjaman PTPTN
  • Semakan Senarai Hitam Imigresen
  • Pendaftaran Permohonan Pinjaman
  • Semakan Penyata Pinjaman

CARA SEMAKAN STATUS PINJAMAN PTPTN GUNA SMS

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan melalui SMS:

1.semakan baki PTPTN:

  • PTPTN><SSPN><NO AKAUN SSPN
  • Contoh: PTPTN SSPN 0123456789012
  • dan hantar ke 33199

2.Nombor Pin PTPTN :

  • PTPTN><NO PIN><NOKP
  • Contoh: PTPTN 123456 860112115723
  • dan hantar ke 33199

3.Semakan status pelajar Senarai Hitam di PTPTN:

  • PTPTN><LEGAL><NO KP><NO PIN
  • Contoh: PTPTN LEGAL 860112115723 123456
  • dan hantar ke 33199

4.Semakan status permohonan pertukaran Ujrah di PTPTN :

  • PTPTN><UJRAH><NO KAD PENGENALAN
  • Contoh: PTPTN UJRAH 860112115723
  • dan hantar ke 33199

5.Semakan penawaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) di PTPTN:

  • PTPTN><WPP><NO KAD PENGENALAN
  • Contoh: PTPTN WPP 800917085428
  • dan hantar ke 33199

CARA SEMAKAN STATUS PINJAMAN MELALUI PORTAL PTPTN

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan baki dan melihat penyata PTPTN anda:

  1. Layari portal rasmi PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/
  2. Pada paparan utama, scroll sedikit ke bawah dan klik pada Semakan Penyata Pinjaman
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang tertera dan tekan serch kemudian klik Semak
  4. Kemudian log masuk akaun PTPTN anda dengan Masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda. Sekiranya anda terlupa, klik pada Lupa Kata Laluan untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel.
  5. Setelah berjaya log masuk semakan baki PTPTN akan dipaparkan dalam 2 pilihan iaitu:
    • Penyata Baki – Memaparkan transaksi terkini anda secara ringkas seperti di bawah.
    • Penyata Baki Terperinci – Memaparkan semua maklumat akaun pinjaman secara lebih terperinci seperti ini.
  6. Klik pada salah satu, kemudian Penyata anda akan dipaparkan
  7. Anda juga boleh muat turun penyata ini bagi tujuan rasmi dengan menekan butang Cetak.
  8. Selesai

NOTA: Bagi pengguna kali pertama pula, anda perlu klik pada kotak ‘Permohonan Kali Pertama’ dan isikan maklumat pendaftaran sebelum log masuk ke laman web PTPTN untuk membuat semakan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai penyata PTPTN, anda boleh menghubungi pegawai seperti yang dipaparkan di pautan https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn

Baca Juga :

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *