SEMAK PANGGILAN TEMUDUGA SPP : TARIKH DAN KEPUTUSAN TEMUDUGA

SEMAK PANGGILAN TEMUDUGA SPP : TARIKH DAN KEPUTUSAN TEMUDUGA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SEMAK PANGGILAN TEMUDUGA SPP : TARIKH DAN KEPUTUSAN TEMUDUGA

Tahukah anda cara semak panggilan temuduga SPP? Kepada graduan yang berminat ingin menjadi guru, semestinya anda akan membuat permohonan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 sama ada tetap atau kontrak (Contract Of Service) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi tahun 2023. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat semakan COS SPP dan bila tarikh temuduga, semoga membantu.

Baca juga : SEMAK KEPUTUSAN UKCG : TARIKH UJIAN

APA ITU SPP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1974 merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib. SPP menjalankan fungsi tersebut adalah mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda menyemask terlebih dahulu syarat kelayakan yang telah ditetapkan melalui pautan ini

Walaubagaimanapun, berikut adalah merupakan Graduan Pendidikan yang tidak layak memohon:

  • Pelajar Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia;
  • Guru Interim;
  • Guru Kontrak (Lantikan SPP);
  • Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam;
  • Bukan seorang bankrap; dan
  • Telah tamat pengajian tetapi belum memperolehi keputusan Senat Universiti.

 

CARA SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA COS SPP

Kepada yang ingin menyemak panggillan temuduga, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Semakan Panggilan Temuduga SPP
  2. Masukkan no kad pengenalan anda dan klik hantar
  3. Paparan akan menunjukkan status panggilan temuduga, tarikh temuduga dan lokasi temuduga.

 

CARA SEMAKAN BILA TARIKH TEMUDUGA COS SPP

Untuk makluman anda, tarikh temuduga adalah berbeza bagi setiap negeri dan lokasi. Untuk dapatkan tarikh temuduga anda, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Semakan Panggilan Temuduga SPP
  2. Masukkan no kad pengenalan anda dan klik hantar
  3. Paparan akan menunjukkan status panggilan temuduga, tarikh temuduga dan lokasi temuduga.

 

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA COS SPP

Semakan keputusan temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara Kontrak (Contract of Service) bagi calon yang ditemu duga oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dibuat melalui pautan berikut : Semakan Keputusan Temuduga SPP

 

TINDAKAN CALON BERJAYA TEMUDUGA COS SPP

Kepada calon yang ebrjaya, berikut adalah merupakan tindakan yang harus dilakukan iaitu:

  • Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan dokumen-dokumen berkaitan dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.
  • Sekiranya terdapat sebarang kesilapan nama dan nombor kad pengenalan pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat guru@spp.gov.my.
  • Sila kemukakan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. Suruhanjaya akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk mengenai Contrak Of Service (COS) SPP , anda boleh merujuk saluran rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan seperti berikut:

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *