SEMAK NOMBOR AHLI SOCSO: NO KEAHLIAN PERKESO

SEMAK NOMBOR AHLI SOCSO: NO KEAHLIAN PERKESO
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SEMAK NOMBOR AHLI SOCSO: NO KEAHLIAN PERKESO

Tahukah anda cara semak nombor ahli SOCSO? Dalam situasi kemerosotan ekonomi ini, ramai rakyat Malaysia hilang bekerja dan mulakan pekerjaan yang baharu,hal yang penting bagi pekerja adalah nombor SOCSO atau nombor PERKESO.

Jika anda terlupa,bagaimanakah cara untuk check nombor SOCSO?Kami akan kongsikan cara mudah dan terkini untuk buat semakan nombor ahli PERKESO bagi memudahkan anda menguruskan hal pekerjaan.

Baca juga : CARA CLAIM DUIT SOCSO : SENARAI DOKUMEN

APA ITU SOCSO 

  • PERKESO atau SOCSO merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bagi mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Sumbangan kepada pihak PERKESO adalah wajib bagi semua pekerja Malaysia dimana pendapatannya kurang daripada RM3,000 setiap bulan . sumbangan ini juga termasuk kepada yang bekerja sementara atau kontrak.
  • Namun begitu, sumbangan tersebut tidak wajib bagi mereka yang bekerja dengan memperolehi berpendapatan sebanyak RM3,000 ke atas.
  • Memegang prinsip “sekali sertai, sentiasa ahli”, ahli PERKESO yang telah menyumbang kepada pihak PERKESO akan terus menjadi ahli walaupun gajinya@ pendapatannya telah melepasi RM3,000.
  • Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Hal ini kerana, PERKESO merupakan satu agensi yang memberikan banyak kelebihan dan kebaikan kepada pekerja di Malaysia.
  • Sama seperti sistem caruman KWSP, jika terdapat majikan yang gagal mendaftar pekerjanya, majikan boleh dikenakan tindakan kompaun. Jika pihak majikan gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil.

APA ITU NOMBOR AHLI SOCSO?

Nombor SOCSO adalah nombor identiti bagi seseorang pekerja.Nombor ini digunakan untuk urusan caruman dan tuntutan jika berlaku kemalangan bagi melindungi keselamatan pekerja di Malaysia

Apakah nombor ahli PERKESO saya?

Nombor ahli PERKESO anda adalah nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

CHECK NOMBOR SOCSO MELALUI SLIP GAJI

Melalui slip gaji,anda juga boleh dapatkan nombor SOCSO.

CHECK NOMBOR SOCSO MELALUI TALIAN KHIDMAT PELANGGAN

Sila hubungi 1-300-22-8000 untuk dapatkan maklumat tentang no SOCSO anda.

 

SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN MAJIKAN DAN  PEKERJA

Jika anda ingin bekerja di sesebuah syarikat,anda boleh membuat semakan sama ada syarikat tersebut berdaftar dengan PERKESO.

Hal ini penting untuk memastikan majikan anda mengambil berat tentang keselamatan dan masa depan anda dengan mencarum SOCSO.

 

SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN MAJIKAN (PERKESO)

Berikut adalah cara buat semakan status pendaftaran majikan:

  1. Layari http://esemak.perkeso.gov.my/
  2. Pilih menu Majikan dan masukkan Nama Majikan / Nombor Kod Majikan
  3. Status dan maklumat majikan akan dipaparkan.

SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN PEKERJA (PERKESO)

Berikut adalah cara buat semakan status pendaftaran pekerja:

  1. Layari http://esemak.perkeso.gov.my/
  2. Untuk menyemak status pendaftaran pekerja, pilih menu Pekerja dan masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa ‘-‘
  3. Status dan maklumat pekerja akan dipaparkan.

Jadilah pekerja yang bijak dan ketahui hak anda sebagai majikan.Sila pastikan maklumat penting da dokumen seperti nombor SOCSO disimpan ditempat yang selamat dan mudah diakses bagi memudahkan urusan pekerjaan anda.

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *