SEMAK NO AHLI KWSP : ONLINE DAN KAUNTER

SEMAKAN NO AHLI KWSP : CARA SEMAK ONLINE DAN KAUNTER
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SEMAK NO AHLI KWSP : ONLINE DAN KAUNTER

Berikut adalah cara semak no ahli kwsp untuk rujukan anda. Sememangnya no ahli ini amat penting dalam apa jua urusan yang membabitkan KWSP pencarum. Justeru, artikel ini diharap akan membantu anda mendapatkannya.

Baca Juga : CARA REGISTER i-AKAUN KWSP(Daftar melalui KIOSK,BANK,ONLINE & EMAIL)

APA ITU KWSP?

KWSP bermaksud Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. KWSP adalah skim simpanan persaraan wajib yang diuruskan kerajaan di negara seperti India, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Mexico dan negara-negara lain; yang seakan program Keselamatan Sosial Amerika Syarikat. Seperti namanya, KWSP di Malaysia adalah satu bentuk jaring keselamatan sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai menyediakan faedah persaraan kepada ahli-ahlinya.

Di Malaysia, KWSP (juga dikenali sebagai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau EPF) adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan mengikut undang-undang Malaysia, iaitu Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang memberi faedah persaraan kepada ahlinya melalui sumbangan mandatori daripada dua pihak: sebahagian daripada gaji pekerja dan sumbangan majikan bagi pihak pekerja mereka. KWSP sebenarnya menyediakan kerangka kerja bagi majikan untuk memenuhi kewajipan berkanun dan moral mereka kepada pekerja melalui sumbangan bulanan berterusan ke dalam dana persaraan pekerja.

SEMAK NOMBOR AHLI KWSP MELALUI EPF CMC

  • Sila hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (EPF CMC) di talian 03-89226000.
  • Sila maklumkan masalah anda berkaitan “terlupa nombor ahli KWSP
  • Anda perlu menjawab beberapa soalan untuk proses verifikasi
  • Jika anda berjaya menjawab dengan betul,pihak EPF CMC  akan memberikan nombor KWSP anda

SEMAK NOMBOR AHLI KWSP DI KAUNTER EPF

Sila ke kiosk yang berdekatan dengan anda untuk membuat semakan nombor ahli.

SEMAK NOMBOR AHLI KWSP MELALUI i-AKAUN KWSP

  1. Antara dokumen dan maklumat yang perlu dibawa adalah kad pengenalan dan maklumat tentang nombor ahli KWSP
  2. Sila ke cawangan KWSP terdekat untuk tujuan pendaftaran i-Akaun.
  3. Selepas pendaftaran, ahli akan diberi kata laluan sementara melalui SMS bagi tujuan pengaktifan i-Akaun.
  4. Kemudian sila layari https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  5. Masukan nombor ahli pada ruangan ID pengguna dan masukan kata laluan yang diterima melalui SMS dan Klik LOG MASUK
  6. Anda akan diarah untuk menukar id pengguna kata laluan,imej online,frasa keselamatan yang baru.Sila ikuti proses ini sehingga selesai
  7. Anda telah berjaya log masuk i-AKAUN KWSP dan boleh semak baki dan membuat urusan pengeluaran.

KELEBIHAN I-AKAUN UNTUK AHLI

ahli dapat membuat urusan berikut secara online:

  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan kelayakan pengeluaran
  • Semakan baki simpanan
  • Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
  • Semakan rekod caruman individu/caruman majikan
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  • Menyemak maklumat penamaan/waris
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran Contohnya pengeluaran i-SINAR,i-LESTARI

SOALAN LAZIM

Dimanakah tempat untuk daftar i-Akaun KWSP?

Di cawangan/kaunter KWSP

Bagaimanakah cara untuk dapatkan nombor ahli KWSP?

Rujuk artikel di atas

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenari nombor ahli KWSP, boleh menghubungi talian bantuan seperti berikut:

Telefon: 03-8922 6000

Facebook KWSP: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Laman Portal Rasmi KWSP

Artikel berkaitan :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *