SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN POLITEKNIK 2024

SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN POLITEKNIK 2024
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN POLITEKNIK 2024

Tahukah anda cara semak keputusan permohonan politeknik? Adakah anda telah memohon kemasukan ke Politeknik atau ke Kolej Komuniti? 24 ribu tempat disediakan di Politeknik dan Kolej Komuniti !!

berikut adalah cara membuat semakan bagi keputusan permohonan anda di bawah:

APA ITU POLITEKNIK?

Untuk makluman, terdapat 3 jenis Politeknik yang terdapat di Malaysia. Ianya adalah Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO. Ketiga-tiga jenis Politeknik di Malaysia mempunyai fungsi dan tujuan yang sama iaitu melahirkan para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Ianya sekaligus menyediakan laluan alternatif lepasan politeknik ke pendidikan tinggi.

Pengajian politeknik di Malaysia merupakan alternatif bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma dan Sarjana Muda dan berada di bawah kawalselia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Planpada tahun 1969.

Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995).

SENARAI JENIS POLITEKNIK

  1. Politeknik Premier
    • Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti awam. Permohonan kemasukan adalah melalui Permohonan UPU secara online. Pelajar perlu bersaing untuk kemasukan ke UA dan Politeknik Premier. Kriteria pengambilan pelajar menjurus kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.
    • Politeknik Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda.
  2. Politeknik Konvensional
    • Adalah politeknik biasa yang diwujudkan sebelum ini. Pengambilan pelajar adalah untuk lepasan SPM adalah melalui UPU Online atau pun melalui Portal Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik. Antara lain Poli Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan Diploma. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau pun separuh masa.
  3. Politeknik METrO
    • Merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah (local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.

JUMLAH POLITEKNIK DI MALAYSIA

Terdapat 36 Politeknik di Malaysia mengikut kategori berikut :

  • 3 Politeknik Premier
  • 28 Politeknik Konvensional
  • 5 Politeknik METro

Senarai lokasi politeknik dan program yang ditawarkan di setiap politeknik tersebut boleh dirujuk di SINI.

KELEBIHAN BELAJAR DI POLITEKNIK

  • Institusi milik penuh Kerajaan
  • Program pengajian yang diiktiraf
  • Lokasi di seluruh negara
  • Yuran yang berpatutan
  • Peluang pekerjaan yang cerah
  • Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi

SYARAT KEMASUKAN KE POLITEKNIK

Syarat Umum Kemasukan ke Politeknik :

Politeknik Premier

5 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan

Politeknik Konvensional / METrO

3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.

  • Subjek mata pelajaran yang perlu diambil kira:
    • Bahasa Melayu (Wajib Lulus)
    • Sejarah (Wajib Lulus)
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sains / Fizik atau Kimia

Syarat Umum Kemasukan ke Kolej Komuniti :

Diploma

Lulusan Sijil Kolej Komuniti

Lepasan SPM – Lulus SPM dengan 3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.

Sijil Kolej Komuniti

Lulus SPM (Lulus Bahasa Melayu & Sejarah)

CARA MOHON KEMASUKAN KE POLITEKNIK

Permohonan kemasukan ke program Sijil dan Diploma untuk Sesi II 2023/ 2024 dibuka melalui eBorang Politeknik.

Permohonan kemasukan ke Politeknik/ Politeknik Premier adalah melalui Aplikasi Dalam Talian http://ambilan.mypolycc.edu.my/ dan permohonan dibuka secara berkala setiap tahun (tertakluk kepada pindaan).

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN POLITEKNIK

Semakan Permohonan Politeknik 2023/2024 & Cetakan Surat Tawaran / Borang Jawapan. Semakan keputusan boleh dibuat mulai 5 JANUARI 2024 di pautan berikut : http://ambilan.mypolycc.edu.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor di bawah:

  • 019-868 3738 (Whatsapp)
  • 03-8888 3837

MAKLUMAT LANJUT CARA SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN POLITEKNIK 2024

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan Politeknik atau Kolej Komuniti, sila layari:

http://ambilan.mypolycc.edu.my/

ATAU

Hubungi saluran berikut:

Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Media sosial:

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *