SEMAK CUKAI TANAH GUNA IC : CARA PEMBAYARAN

SEMAK CUKAI TANAH GUNA IC : CARA PEMBAYARAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SEMAK CUKAI TANAH GUNA IC : CARA PEMBAYARAN

Tahukah anda cara semak cukai tanah guna IC ataupun mykad? Kepada mereka yang mempunyai hartanah sendiri sememangnya diwajibkan untu anda membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri pada tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 januari hingga 31 Mei setiap tahun.

Baca Juga : PANDUAN MEMBELI TANAH : JENIS GERAN DAN HAK MILIK

APAKAH CUKAI TANAH

Maksud Cukai tanah adalah sejenis cukai yang dikutip oleh kerajaan negeri kepada pemilik hartanah yang ada di Malaysia. Manakala Cukai taksiran/cukai pintu pula adalah cukai tanah tempatan yang dikutip oleh majlis perbandaran kawasan perumahan untuk kerja membangun, menyelenggara infrastruktur dan perkhidmatan tempatan.

 

BERAPA KADAR BAYARAN CUKAI TANAH

Kadar yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai. Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

 

CARA SEMAK CUKAI TANAH GUNA IC

Berikut adalah pautan untuk membuat semakan dan bayaran cukai tanah anda secara bagi setiap negeri kecuali negeri Sarawak yang telah dimansuhkan cukai tanah.

  1. Klik pada pautan Negeri anda berada
    1. Pulau Pinang
    2. Pahang
    3. Selangor
    4. Kedah
    5. Johor
    6. Wp Kuala Lumpur
    7. Sabah
    8. Terangganu
    9. Kelantan
    10. Perak
    11. Perlis
    12. Negeri Sembilan
    13. Melaka
  2. Seterusnya klik pada ‘Semakan dan Bayaran Cukai Tanah’
  3. Sekiranya anda tidak daftar lagi, seharusnya anda daftar terlebih dahulu dengan klik pada ‘Daftar’
  4. Selesai daftar anda Log Masuk akaun anda
  5. Seterusnya ada pilihan semakan & bayaran
  6. Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, anda boleh pilih cara pembayaran yang anda ingin.
  7. Setelah selesai pembayaran, pastikan anda cetak atau dowload resit untuk rujukan anda

 

CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE

Anda juga boleh membayar cukai tanah seperti biasa dengan cara:

  1. Pembayaran Di Kaunter Ptgs & Pejabat Daerah Dan Tanah (Pdt)
  2. Semakan Cukai Tanah Dan Cukai Petak Melalui Mysms 15888
    • Taipkan: PTGS CUKAI NO AKAUN Hantar ke 15888
    • Contoh Paparan: PTGS CUKAI 50844100606680
    • RM 0.20 PTGS: C tanah/petak 50844100606680 untuk 2020 berjumlah RM 120.20 yang perlu dijelaskan
    • Caj Penghantaran SMS RM 0.15 dan Caj Penerimaan SMS RM 0.20
  3. Pembayaran Di Kaunter Pbt
  4. Pembayaran Di Kiosk
  5. Pembayaran Melalui Pos Malaysia

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari web rasmi Pejabat Tanah Dan Galian negeri anda.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *